LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

My New Samsung Galaxy Note 2 Amber Brown

Wednesday, May 15, 2013

Yeay!! Finally my new Samsung Galaxy Note 2 Amber Brown followed me home. Bought by my boyfriend for my birthday present. Actually before this I like the Martian Pink but a few days before I get this phone I saw in the newspaper the new colour, Amber Brown and I really in love with it. The colour suit me and so elegent. I am so happy coz dapat HP idaman.. hehehe.. nanti bila Note 3 plak dah kuar surely I will buy it too.. I am a Hantu Gadget especially Samsung.. Thank you Sayang for the lovely present. Muah!! I love you so much..

SAMSUNG GALAXY NOTE 2 AMBER BROWN


SAMSUNG GALAXY NOTE 2 IN AMBER BROWN & RUBY WINE

Percutian ke Perth, Australia (Part 1)

Monday, April 1, 2013

Assalammualaikum dan Selamat Petang Semua..

Fuh!! Lama giler tak mengupdate blog ni.. Tak tahu apa nak cerita.. Mmm.. untuk permulaan nak citer pasal percutian Mummy Fara ngan kawan satu kerja ke Perth, Australia July tahun lepas. Kita orang pergi berdua aje, itu pun main redah aje pergi. Sib baik mmg senang kalau nak jalan2 sendiri.. Memang senang la kalau nak jalan2 kat Bandar Perth tu.. Mummy Fara ni plak jenis independant mmg kalau campak mana2 memang bole survive.. hehehe..

Sampai2 je kat Perth International Airport, pkl 4.30am. Suhu masa tu plak 3 darjah celcius.. Sejuk jugak la.. Ye la dah la pagi2 buta sampai.. Sib baik dah standby baju sejuk.. Hehehe.. Strict betul kalau nak masukPerth ni, nak bawa makanan dari Malaysia kene declare. Kalau tak declare kene saman n makanan tu kene rampas. Siap ada anjing menunggu lagi kat tempat check baggage tu.. Sib baik sebelum terbang kesana dah siap2 survey kat internet pasal rules & regulations untuk enter perth. Ingatkan nak la bawa serunding ke, apa2 yang bole makan la tapi disebabkan terlalu strict and leceh malas plak nak bawa. Mmg bole bawa, tapi kene declare n dia nak tgk apa ingredient dalam makanan yg kita bawa tu.. Isk.. leceh baik tak payah bawa langsung.. So memandangkan kita tak bawa apa2 makanan we all just terus je kuar, tak de check beg pun..

Bila kuar dari arrival hall tu, blur2 jap.. Mana tak nak, tak sangka dah dapat jejakkan kaki ke bumi Perth. Memang dari zaman sekolah dulu nak g Australia tapi actually nak g Gold Coast, tapi sebab musim sejuk so g Perth pun okay janji Australia.. hehehe.. Insya'allah mungkin one day akan g Gold Coast plak.. Ngeeee...


Perth International Terminal

Suasana di Perth International Airport pkl 6am 

Muka kepenatan
Sementara nak tunggu shuttle bas kita orang lepak2 dulu kat kawasan airport tu.. Sib baik la orang2 sini mmg cakap english, kalau tak sure macam ayam n itik bercakap.. Kita org naik shuttle bus ke Holiday Day Inn City Centre. Ni kene bagi tau betul2 sebab Holiday Inn ada dua, satu Holiday Inn Cinty Centre and another one Holiday Inn Express. Kalau salah cakap mau satu hal kene bayar double.. Kita org trus beli pergi n balik, senang nnt masa nak balik tak cukup duit or terlupa nak beli ticket shuttle bus ke airport.. Yang bestnya kita bole trus bagi tau mereka pkl brp kita nak dia org pick up.. Senang kan..

Dalam perjalanan ke Hotel, best jugak tgk permandangan dikiri n kanan. Best and tak sangka bleh sampai situ.. Hehehe.. Yang seronoknya tgk, kereta2 dia org mesti ada bawa satu box kat belakang.. Biasa kita kat sini kalau nak bawa barang akan bawa kereta pickup mcm Hilux kan tapi dia orang ni lain..

Haa.. Ni la yang saya maksudkan
Sampai hotel dalam pkl 8 lebih. Masa ni orang tengah sibuk nak g kerja. Mummy Fara tgk orang2 kat sini banyak jalan kaki gi kerja.. laju2 plak tu dia org jalan, almaklum la kaki panjang.. hehehe.. Kita org nak check in hotel masih terlalu awal, kita orang minum pagi dulu depan cafe depan hotel.. kita org makan muffin n hot chocolate je.. kawan plak makan roti n hot chocolate.. nak makan yang lain2 tak berani.. Lepas makan g hotel lepak kat lobby.. Check in pkl 2.00pm.. So masih lambat lagi bole check in, so kita org decide g round2 bandar perth je.. We all tanya front office macam mana nak g ke Barrack Square.. Sebab kat situ de jeti nak g ke Perth Zoo, nak gi naik ferry pusing2 perth, ada perhentian untuk naik Bas Hop On Hop Off City Sighseeing Tour dan lain2. Kita org jalan kaki je ke sana, tak la jauh sangat pun.. Ala, mcm dari KLCC nak g Times Square.. Hehehe.. tapi sini sejuk best la jalan kaki kan.. Hehehe..


The Bell Tower dekat Barrack Square


Jetty @ Barrack Square
 
Ni tempat orang2 kaya yang ada kapal2 sendiri
 Okay la.. Setakat ini dulu yang dapat saya tulis.. Nak sambung wat keje jap.. Tunggu Part 2 punya cerita pasal percutian ni okay.. Bye..



Blog dah berkulat..

Friday, March 29, 2013

Hola!!! Apa khabar semua?? Adeh.. lamanya biarkan blog ni berkulat.. Ngeeee!! Sorry la, lama sgt dah tk update blog ni.. rasanya lebih dr setahun kot.. Pergh!!!! mmg lama giler.. Mummy fara terlampau bz sgt dgn keje mmg tk de ms nk tulis.. Insya'allah nk start balik memblogging... hehe.. byk cerita menarik nk update ni.. tungguuuuuuuu...

 

TRAGEDI CUTI HUJUNG MINGGU..

Tuesday, May 3, 2011

Salam 1 Malaysia blogger2 semua. Maaf lah dah bersawang blog mummy fara ni tanpa entry2 terkini. Sorry sangat2 mummy fara terlalu busy. Memandangkan boss hari ni tak de mummy fara curi2 masa sikit utk update blog yang dah bersawang ni.. hahaha..


So, 3 hari cuti korang buat apa ek? Mummy fara bawa anak2 gi Sunway Lagoon. Dah lama jugak plan nak bawa budak2 tu gi sana, akhirnya tercapai jugak la. Bukan kami anak beranak aje yang pergi, mummy fara ajak cousin2 dan kakak mummy jugak.. Baru la meriah, iye tak.. 











Seronok memang seronok, tapi dalam keseronokkan kita orang kat Sunway Lagoon, ada plak manusia setan memasuki rumah rumah kami pada hari itu. Kebetulan our parents pun keluar hari sabtu itu ke rumah pakcik di Shah Alam. So rumah memang tak de orang langsung la. Bila my parents balik rumah, tengok pagar ternganga luuas, pintu rumah pun ternganga luas. Sah, ada yang tak kene. Mereka terus masuk rumah dan dapati rumah telah dimasuki pencuri. Yang geram sangat tu, habis kereta pun dia kebas jugak!! Memang cilake betul la pencuri tu!! Dari keadaan rumah masa tu, kita tahu yang pencuri tu memang bermaharajalela dalam rumah tu.. Habis semua barang2 dia mengusai, dan habis dia alih2 semua barang dalam rumah tu.. 

Selain kereta, barang2 yang mereka ambil seperti TV, Laptop, Jam, Duit tabung anak, duit2 syiling yang disimpan, cincin, gelang, hp, kerongsang dan macam2 la..

Yang bestnya, dia orang ni mencuri pagi2 buta. Tak takut plak orang keliling nampak.. Haish!! Giler betul la dia orang ni.. Memang aku sumpah la dia orang ni.. Isk!! Gerammmmm!!!!
Nak bagi tahu kalau ada sape2 ada ternampak atau terjumpa atau apa2 la pasal kereta kami tu tolong inform kat balai polis yang berdekatan yer atau balai polis daerah seremban.

Jenis Kereta - Suzuki Jeep
No plate - JR 30

Nanti kalau ada gambar kereta tu mummy fara scan dan masukkan kat sini yer.

Thank you...

CUN ke?

Monday, April 11, 2011

Salam 1 Malaysia warga blogger2 sekalian.. Apakah activiti hujung minggu hari tu? As for me on Friday, mummy daughter ajak pergi beli buku rujukan sekolah dia, then dalam masa yang sama nak ajak gi menonton filem. Wah!! Anak2 sekarang sambil menyelam minum air yer.. Pandai nak mengampu mummy dia.. Hehehe.. Tak pe la, bukan selalu pun gi tengok wayang ni.. So malam tu kita orang menonton cerita "CUN". Memang besh la citer ni.. Lawak, Sedih semua ada la.. Meh kita baca sikit sinopsis citer CUN ni ek..

Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).

Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya.


Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.


Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.


Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. 


Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

Note cute: Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.
 

(Gambar) AWAS!! Telur tiruan!!

Friday, April 8, 2011

Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain chemical


Di China terdapat sekolah khas yang mengajar teknologi menciplak atau mencipta semula sesuatu, termasuk telur juga telah dibuat sendiri dengan menggunakan bahan kimia, sama apabila digoreng dan dikatakan paling popular sekarang.

Gambar dibawah adalah cara-cara mereka membuat telur tiruan.







Nota cute: Isk!! macam2 la dia orang ni. Telur pun boleh tiruan. Ingatkan handbag, handphone je yang boleh diciplak2.. Hurrmm.. Baby tiruan ada tak? Heheehe..



Ada ke yang nak tolong ni? Hurrrmmm...

Thursday, April 7, 2011

Hi Salam semua.. Sejak2 dikritik oleh Yaya^Pink untuk segmen Kalau Aku (ni semua sebab Abang Ben la nie - hehe jangan marah abang ben), mummy fara ngah fikir panjang, macam mana nak renovate rumah blog mummy fara ni. 
Memang betul cakap Yaya, blog mummy fara ni terlalu serabut sangat2.. Mummy fara ada fikir untuk renovate, tapi tu la mummy fara perlukan pertolongan korung semua untuk fikirkan tagline, header baru untuk mummy fara. Dulu masa mula2 berblogging, mummy fara excited sangat sampai tersalah pilih template. Nak ubah apa2 pun dah tak boleh. Sebab tu sampai sekarang asyik guna template tu jew. Mana taknya, mummy fara ni bukan reti sangat nak buat header baru atau tempalte baru ni.. Huhuhu..

Siapa antara blogger2 yang baik hati untuk menolong mummy fara, sila angkat kaki tangan.Okay, mummy fara nak ucap terima kasih banyak2 pada sesiapa yang sudi nanti ek.. Thanks sekali lagi pada Yaya sebab comment2 yang bernas itew..


SEGMEN KALAU AKU INI BERMULA !!!

Wahh!! Dah start dah segmen gilers dari Abang Ben.. Alhamdulillah.. dapat jugak masuk top 20.. Hehehe.. Abang Ben dah tetapkan Mummy Fara vs. Yaya^Pink

Tugasannya adalah untuk mengkritik, memuji atau apa sajalah tentang blog Yaya^Pink, tapi tak boleh caci maki okay.. Tak baik tau buat macam tu..

Kalau saya Yaya^Pink, hurrmmmm.. alamak, apa yer nak comment dan kritik blog Yaya^Pink neh? Dimata Mummy Fara blog Yaya^Pink ni dah okay sangat. Tak la berat macam blog Mummy Fara.. Huhuhu.. Susunan blog Yaya^Pink sangat kemas, senang sikit blogger2 lain nak baca.

Kalau nak touchup2 sikit pun dibahagian side bar kot. Tajuk side bar tu bagi besar sikit, cinonet sangat ler adik Yaya^Pink.. Kalau letak sikit ikon2 menarik pada tajuk side bar mungkin akan lebih menarik perhatian blogger2 yang hadir.. Ini pandangan akak ek, jangan marah tau.. Ngeee~~

Kalau blog list tu pulak akak rasa kalau letak warna pink yang light sikit okay kot sebab title dah warna pink pekat, so kalau boleh list tu plak warna pink light sikit. Baru cantik menarik tertarik (kau memang da boom!!) ooppss!! sorry terlebey sudah.. hehehe..

Untuk divider entry, kalau dapat cari pattern yang menarik warna pink plak tu sure menarik lagi blog Yaya^Pink.. Sebab kalau line strait aje, nampak macam tak besh.. Kalau mummy fara lah kan, akan cari pattern2 yang cute mute.. ahakss!!

Oraits.. mummy fara dah tak de apa nak mengomel pasal blog Yaya^Pink ni.. Sangat cantekss dan menarikss.. Pink gitew.. Kalau rasa nak mengikut apa yang mummy fara comment tu, mummy okay aje. Kalau tak nak ikut pun mummy fara tak kisah.. Itu kehendak masing2 kan..

Terima kasih pada Yaya^Pink sebab comment dan kritik blog Mummy Fara. Eceh.. macam pengkritik AF plak.. hehehe.. Mummy pun rasa berserabut sangat dengan blog mummy ney. Nak tukar tapi tu la, takut segala macam benda dalam blog ni akan hilang..

Terima kasih pada abang ben sebab buat segmen "KALAU AKU" ini..

Note cute: Abang Ben, tak de ke segmen "Kalau aku Abang Ben"? hehehe.. Jangan mare abang ben.. wink!! wink!!



BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI

Abang ben dah buat gile dah ni. Segmen yang sangat cool tapi untuk siapa yang pantas aje ek.. So, abang ben nak kita jelaskan "KENAPA KORANG NAK JOIN SEGMEN BEN ASHAARI"

Jawapannya:
Sebab bila join segmen dari abang ben, kita dapat kenal dengan blogger-blogger lain yang kita tak pernah kenal. Kadang-kadang tu boleh wat up traffic (Ngee.. jangan marah ek) tapi betul apa, dengan adanya segmen2 begini kita dapat upkan traffic. Dan juga, sometimes segmen abang ben ni ada juga dapat hadiah yang menarik dari penaja (walaupun tak pernah sekali dapat hadiah dari abang ben ~~wink wink!! ngee~~) Segmen abang ben the best lah, tiada tandingan. Terima kasih kerana mengadakan segmen2 seperti ini. Im looking forward to follow all your segmen and contest. Chayok Chayok Abang Ben!! You're rock!!

Ok thats all from me.. Harap2 dapat la tersenarai.. 



Masih Suami Isterikah kita di Alam Akhirat Nanti?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

"WALLAHUALAM"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada