LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Novel-Novel Terpakai Untuk Dijual

Sunday, October 31, 2010

Sesiapa yang berminat untuk membeli novel-novel terpakai tersebut sila email ke:- farina30@gmail.com


BUKAN KLON BUKAN DUPLIKAT – HAIZAL NAJWA


Sinopsis:
Wahida terperangkap di dalam cinta tiga segi yang tidak pernah terlintas akan dilaluinya. Apatah lagi setelah diri bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang amat dicintainya sejak zaman remaja. Dia terjerat di dalam lingkaran cinta kali kedua. Bukan itu yang dipinta, tetapi itulah yang terjadi…
Dia tidak akan berlaku curang sekiranya Zul Mirza setia padanya. Menganggapnya sebagai isteri dan ibu kepada zuriatnya yang perlu dikasihi, disayangi dan dilindungi. Dia sudah lama tidak diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri di dalam erti kata yang sebenarnya… Zul Mirza menganggapnya tidak lebih sebagai perempuan simpanan. Namun perempuan simpanan juga “mulia” kerana khidmatnya sering diperlukan, namun sebagai isteri, sudah lebih tujuh tahun khidmat Wahida seolah-olah dilupakan dan haknya dinafikan.
Kehadiran Inspektor Julian yang persis wajah suaminya, mengembalikan kasih dan cinta Wahida yang telah pudar terhadap suaminya. Lelaki itu melimpahkan kasih seorang ayah yang tidak berbelah bahagi kepada satu-satunya zuriat yang dipunyai. Lelaki itu juga mengajarnya membina keyakinan diri yang tinggi. Kemesraan di antara kedua-duanya membekas di dalam jiwa wanitanya lantas mengalirkan kembali cinta yang pernah mati.
Curangkah dia jika faktor menjadi isteri yang sering diabaikan itu diambil kira? Kejamkah dia andai di hatinya telah tertutup untuk cinta seorang suami? Berdosakah dia jika menuntut fasakh itu menjadi sebahagian agenda masa depannya?
Semua jari menunding mencari kesilapannya. Kerana menegakkan haknya maka Wahida dipulau keluarga mentua. Kerana memelihara tali ukhwah, Wahida juga dinobatkan sebagai anak derhaka. Tiada siapa yang memihaknya kecuali Viktor, cinta hatinya. Oh! Dan Inspektor Julian juga. Wahida dihimpit dilema yang tidak berpenghujung, keresahannya juga tidak pernah menemui noktah.
Terbitan: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2008
Muka Surat: 598
Harga Sebenar: RM29.90
Harga Jualan: RM20.00

JENDELA HATI – AISYA SOFEA


Sinopsis:
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilemma perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Benarkah “ganti tikar” yang berlandaskan “keterpaksaan” bagaikan embun dihujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Ketiga: 2001
Muka Surat: 334
Harga Sebenar: RM14.00
Harga Jualan: RM7.00

SENTUHAN – HASANUDDIN MD. ISA



Sinopsis:
Dia tidak pernah kenal Tuhannya, agama serta kiblatnya. Lalu dia terbelenggu didalam pencarian yang baru bermula. Kekeliruan yang menjadikan dirinya kian diinjak kepedihan. Pedih tatkala mengetahui diri tergadai… Dan maruah mudahnya dijual, hanya melalui sekeping nota tidak berharga!
Terbitan: Creative Enterprise Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2001
Muka Surat: 349
Harga Sebenar: RM16.90
Harga Jualan: RM9.00

MANISNYA CINTA - ANIS AYUNI


Sinopsis:
Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar baying-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini.
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam saying dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hamper meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2004
Muka Surat: 467
Harga Sebenar: RM17.00
Harga Jualan: SOLD!!

KAU UNTUKKU - AISYA SOFEA



Sinopsis:
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali diantara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?
KAU UNTUKKU; indah, romantic dan membuai perasaan.
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan Pertama: 2001
Muka Surat: 521
Harga Sebenar: RM19.90
Harga Jualan: SOLD!!


CINTAMU DI HATI - AIDA ADRIANI



Sinopsis:

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam kelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh dihati, terpahat teguh disanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya diduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu sehingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?


Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd

Cetakan Pertama:
2004


Muka Surat: 404

Harga Sebenar:
RM16.00


Harga Jualan:
RM8.00





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada