APABILA SS fikir, barangkali ada sebab kukuh kenapa penyanyi yang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina dan vokalis kumpulan Hujan, Noh, ingin merahsiakan hubungan cinta mereka. Mungkin ia atas kemahuan keluarga mereka atau pun masing-masing mahu kerjaya seni lebih dipandang.
Bagaimanapun, semalam SS dengar khabarnya Noh & Nina sudah bersedia untuk berdepan dengan pihak media bagi menceritakan perkara sebenar. Oleh itu pada 16 November ini, jam 11 pagi bertempat di Restoran Seri Melayu, mereka berdua akan mengadakan majlis sidang media yang penting itu. Mereka bukan setakat ini mengesahkan percintaan mereka tetapi juga akan memperkatakan mengenai majlis pertunangan. Wah gitu! Sumber yang rapat dengan Noh & Nina berkata, pada majlis itu, kedua-dua artis itu akan sedia menjawab semua persoalan berhubung diri mereka selama ini. Baguslah, tak guna nak disorok-sorok perkara yang baik. Sedap pula SS sebut nama mereka berdua yang ada pangkal huruf yang sama iaitu N.
Bagi SS, tindakan Noh & Nina itu boleh dianggap profesional. Tapi SS tak pastilah sama ada mereka akan mengumumkan sudah bertunang atau baru hendak bertunang. Kita tunggu saja nanti.
p/s: sumber dari Harian Metro
0 comments:
Post a Comment