 |
Berdebar-debar |
Sorry la, lambat skit entry untuk
Majlis Perkahwinan Adik Bongsu saya 2 minggu lepas.. Banyak sangat gambar yang nak di select itu yang ambil masa untuk tulis entry pasal majlis ni.
 |
Acara "Akad Nikah" sudah bermula |
Majlis Pernikahan diadakan di rumah pengantin perempuan pada
29 October 2010 selepas sembahyang Asar. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan hanya sekali lafaz adik saya melafazkan akadnya. Dan bermula lah episod baru sebagai seorang suami kepada 'Ida Haryani'..
 |
Sayang abang.. |
Majlis Persandingan belah perempuan diadakan pada keesokkan harinya
30 October 2010. Rombongan pihak lelaki bertolak dari Seremban pukul 10.30 pagi dan tiba pada pukul 12.30 tengahari. Kami tiba lewat sedikit kerana konvoi rombongan kami ada yang sesat dan macam2 la.. hahaha.. Tapi nasib kami baik, persandingan sepatutnya bermula pukul 1.00 tengahari lewat sikit kerana pihak perempuan jugak masih belum siap. Hahaha.. Nasib baik mereka ada sediakan tempat persinggahan dan makan2 untuk rombongan ahli keluarga belah lelaki..
 |
Hantaran dari pihak lelaki |
1.30 petang, tiba la saat untuk dipersandingkan nasib baik la dia orang ni tak da adat
"TOL", kalau tak
masak adik aku.. hahahaha.. Ok la, pasangan pengantin ni berseri2 sangat dengan pakaian pengantin berwarna
MERAH.. Sesuai sangat kaler merah tu ngan dia orang sebab dua2 putih..
 |
Hantaran dari pihak perempuan |
Persandingan belah pihak lelaki pula diadakan pada
7 November 2010, bersempena dengan hari jadi abang sulung ku yang ke 43 tahun.. Ooppss!! Sorry terbagi tau plak umur.. Ahaks!! Tak pe tak pe dia tak tahu.. hahahaha.. Majlis kat rumah kami meriah jugak la.. Mana taknye dah lama kami tak da kenduri besar macam nie.. Seronok plak rasanya.. Nak pulak ada anak2 dan anak2 buah yang comel2 tolong.. Nak dijadikan cerita, budak2 ni memang excited nak menolong tapi hampeh kejap jew.. baru tak sampai 2 jam dah hilang.. Penat katanya.. Budak2 biasa la, sebelum berlaku memang excited nak buat bila dah buat dan dah tahu kepenatannya.. terus hilang.. auntie2 dia la yang jadi mangsa.. hahahha..
Aku yang keje hanya menyambut tetamu pun penat tau.. Ngan panas nya lagi, tapi syukur sangat2 sebab tak hujan..
Kami gunakan khidmat catering jew.. Hidangan lauk untuk tetamu yang datang ialah..
Ikan Sembilang Goreng Berlado, Gulai Ayam Masak Lemak Cili Padi, Rendang Daging, Dalcha, Buah Tembikai, Buah Oren, Air Oren dan bubur Kacang..
Ramai tetamu suka makan ikan sembilang goreng berlado, kalau saper biaso makan masakan kampung memang suko la.. Ado yang bertambah2 sampai 2, 3 pinggan.. Tak po la, kita memang nak jamu orang makan, yang penting dia orang suko..
Jom cuci mana tengok gambar2 masa majlis2 pernikahan, persandingan belah perempuan & persandingan belah lelaki.. Enjoyz!!
 |
Jom minum same2 |
 |
Alalalala.. Cumel nyer.. |
 |
Boy & Ida |
 |
My Princesses with their auntie and uncle |
 |
Cousins |
 |
My Cousin Didy and My daughter Elly |
 |
Me & Elly |
 |
Me & My Sis Sherry |
 |
Pengantin dengan Daddy & Mummy & My Dad xBoss |
 |
Pu3, Me & Sis |
 |
Atuk & Cucu2 |
 |
Ellisya |
 |
Pengantin Cumel.. Anak nanti mesti cumel.. |
 |
Makan beradab ngan xboss my dad |
 |
Siblings |
 |
Syafiqah
>
|

0 comments:
Post a Comment