LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Tahniah Kepada Elyana & Khairul Anuar

Sunday, November 21, 2010


Dengan sekali lafaz sahaja, Elyana yang kita kenal dengan gelaran artis ‘kaki ayam’ telah sah menjadi isteri kepada Khairul Anuar Husin pada majlis pernikahan yang diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang sekitar jam 9.40 malam, 19 November 2010. Mereka dinikahkan oleh ayah Elyana sendiri, Emrizal Shamsuddin.





Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak Elyana. Turut dinyatakan yang Elyana menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.


Majlis persandingan mereka akan diadakan pada hari ini dan mengikut jadual, majlis pada pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan pada 8 malam pula untuk jemputan media dan rakan-taulan.

So, tahniah diucapkan kepada Elyana kerana telah selamat mendirikan rumah tangga. Kami doakan agar jodoh Elyana dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. Selamat berbahagia yer.


Kredit foto & info: Zonartis

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada