LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

jOm tEngOk fiLeM kHuraFat

Friday, January 21, 2011

Assalammualaikum.. Selamat pagi.. Selamat kembali memulakan tugas setelah cuti semalam.. Apa aktiviti korung semalam? Pagi semalam fara pergi office sebab nak kena balut hadiah untuk Annual Dinner minggu depan, petang plak fara bawa anak2 pergi tengok ceita "Khurafat" di GSC Jusco S2 untuk tayangan pukul 6.00pm. Sepatutnya hari Rabu malam nak tengok tapi full, yang ada cuma pukul 11.15mlm.. Owh!! Tidak!! Tak sanggup nak tengok tengah malam.. huhuhu..
Kita orang tak sabar sebenarnya nak tengok cerita Khurafat ni. Tengok dia punya the making memang gempak dan seram sangat.. Tengok reaksi orang yang terawal tengok pun dia orang kata seram.. Itu yang bersemangat nak tengok tu.. Anak2 pun excited sungguh, tapi kat dalam tu tutup mata.. hahaha..Tapi memang best la, dia punya sound memang gempak.. Memang boleh sakit jantung dan terberanak lah.. Thats why sesiapa yang ada sakit jantung dan mengandung "DILARANG" menonton cerita Khurafat yer...

Jom kita baca sinopsis cerita "KHURAFAT"
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan. Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama. Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Aishah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna. Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Aishah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Aishah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Aishah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

Filem Khurafat – Perjanjian Syaitan ini dibintangi oleh pelakon seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Latif Borgiba dan ramai lagi.

This part also syok!! Mayat bekas GF Johan, Anna.
Van accident sebab tetiba driver nampak hantu.. Wakakaka.. mmg tekujut!!
This is the best part yang dia boleh plak angkut mayat tu dalam hutan selepas accident.. OMG!! Naik bulu roma bila dia bawa mayat tu.. huhuhu..
Dalam hutan ni memang banyak adegan yang tukujut-tukujut..

Kredit info & foto: Mr Google 



2 comments:

mama zakuan on January 21, 2011 at 2:36 PM said...

berani ek fara tengok cite tu...mama n zakuan kalu tengok cite mcm tu....fail...penakut...huhuhuh

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ on January 21, 2011 at 2:45 PM said...

fara memang suka tengok citer macam tu.. anak2 pun sama.. takut2 pun masih nak tengok.. hehehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada