LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Bunga apa? Bunga Kantan.. Bunga apa? Bunga Kantan... (^_~)

Wednesday, April 6, 2011

Halloo.. Jom kenali Bunga Kantan. Korang tau tak bunga kantan? Ala yang warna pink tu. Kalau korang nak tahu pasal bunga kantan jom baca kat bawah nie..

Haa.. yang ni dah berkembang.

Nama Saintifik: Phaeomoria speciosa
Nama Inggeris: Ginger bud

Bunga kantan adalah dari keluarga halia, dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah bewarna merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki, perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal yang seakan-akan sekuntum bunga.
Tunas Bunga Kantan yang tengah2 nak berkembang.
Tunas bunga kantan. Sesuai utk dijadikan bahan dalam masakan.

Bunga kantan mempunyai rasa segar dan pedas. Ia mempunyai rupa yang menarik hingga menimbulkan rasa sayang untuk dimakan, tetapi rasanya yang unik menjadikan ia bahan perasa yang penting dalam sesetengah masakan. Warna merah jambunya kekal walaupun dimasak. Ia menambahkan warna yang menarik ke dalam masakan.

Sesetengah laksa menggunakan bunga kantan ini yang dicincang halus dalam resipinya manakala ada yang menggunakan daun laksa. Walau bagaimanapun, ia merupakan bahan penting di dalam masakan Laksa Penang yang mempunyai ikan dan rasa masam.
Ini la dia pokok bunga kantan. Pokok ni ditanam kat belakang rumah saya.
Sumber gambar: Sendiri punya (amnil dari belakang rumah)


7 comments:

Mohamadjahn on April 6, 2011 at 1:53 PM said...

... dan juga untuk nasi kerabu...hehe

salam singgah dari Jahn...

Atiey on April 6, 2011 at 4:21 PM said...

mummy suka wat ulam bunga kantan nie..sedap sgt tmbh2 kalau wat nasi kerabu.11

❦ Fara Farina ❦ on April 6, 2011 at 5:37 PM said...

memang bunga kantan sesuai makan dengan nasi kereabu.. mm.. bestnyer kalau dapat makan nasi kerabu.. yumm yumm...

manueng on April 7, 2011 at 9:37 AM said...

cantik la pulak yg dah kembang tu ;)

❦ Fara Farina ❦ on April 7, 2011 at 10:25 AM said...

memang cantik.. kalau tengok depan2 memang cantik sangat. itu yang saya snap gambar tu..

Bunga on April 7, 2011 at 10:37 AM said...

tuk buat nasi kerabu yek..

❦ Fara Farina ❦ on April 7, 2011 at 10:40 AM said...

bunga - macam2 boleh buat dik, bukan setakat nasi kerabu aje.. dalam masakan tertentu memang ada pakai bunga kantan nie..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada