LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

keNaLi MaSaLah rAmbUt

Sunday, January 23, 2011

Rambut diibaratkan mahkota bagi wanita. Oleh sebab itu, ramai diantara kamu yang mengimpikan rambut yang hitam beralun dan sanggup melakukan berbagai cara agar rambut tampak indah dan menawan. Namun, tidak mudah untuk mengekalkan rambut yang sihat kerana terdapat pelbagai masalah yang sering dialami dan menyebabkan kamu buntu untuk menyelesaikannya.

Jenis-jenis masalah rambut:-

a) RAMBUT GUGUR

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai gadis mula mengalami masalah keguguran rambut yang terlalu cepat. Keadaan ini menyebabkan rambut semakin lama kelihatan semakin sedikit dan atas kepala kelihatan agak kosong disesetengah bahagian. Penyelidik-penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut gadis adalah disebabkan oleh:

Fasa haid
Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan 'folikel' mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran 'makanan' pada seluruh badan.

Diet yang melampau
Gadis yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien. Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.

Keturunan
Jangan menyangka bahawa lelaki sahaja yang mengalami keguguran rambut yang disebabkan oleh keturunan. Si gadis juga boleh mengalaminya! Apabila umur gadis semakin meningkat, perembesan hormon juga akan mula menurun. Jika ibu bapa serta saudara mara kamu mengalami masalah keguguran ranbut, berkemungkinan besar kamu akan berhadapan dengan masalah yang sama juga.

Pengerintingan yang kerap
Pengerintingan yang kerap boleh menjejaskan rambut kamu. Ini disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam bahan yang digunakan.

b) RAMBUT BERCABANG

Bagi kamu yang berambut panjang, tentu pernah mengalami masalah hujung rambut yang pecah. Ini menjadikan rambut kamu kehilangan seri dan kurang menarik. Hal ini disebabkan oleh:

  1. Minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak di bawah kulit kepala, tidak sampai kehujung rambut, sehingga hujung rambut menjadi lebih kering dan rapuh jika dibandingkan dengan bahagian tengah batang atau akar rambut.
  2. Pewarnaan rambut, penggunaan syampu dan perapi rambut yang tidak sesuai dengan keadaan rambut.
  3. Penggunaan sikat rambut yang tidak sesuai.
c) RAMBUT BERKELEMUMUR
Kelemumur adalah keadaan dimana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari. Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan diatas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
- jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
- penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
- penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
- pengeluaran minyak yang berlebihan
- tekanan perasaan
- daya imuniti yang rendah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada