LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

paNduaN peMakaNan uNtuK kaNaK-kaNak

Wednesday, January 19, 2011

Penuhi waktu makan bersama anak-anak dengan membaca doa makan, bercerita berkenaan perihal makanan yang telah disajikan bersama trivia dan cerita sejarah para nabi, para sahabat atau kisah teladan yang pendek namun diolah dalam bentuk ceria.
 
■ Guna alatan masakan yang bersesuaian untuk peringkat umur anak dan hidangkan dalam pinggan, mangkuk, sudu dan garfu yang memikat hatinya agar selesa menggunakannya dan tidak jemu belajar untuk menghargai makanan. Gunakan peralatan pinggan mangkuk dan kutleri yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan berwarna-warni, alas meja makan yang menarik, kerusi dan meja yang selesa mengikut saiz badan anak.
■ Bahan masakan perlu semula jadi segar, mengandungi vitamin, serat, kalsium dan galakkan anak kecil untuk minum minuman mineral, susu soya dan susu segar serta jus dalam menu harian.

■ Tabiat makan yang baik perlu diasuh daripada usia muda dan ibu bapa perlu menjadi model utama untuk tujuan ikhlas ini. Jangan beri komen negatif berkenaan makanan yang dihidangkan dan sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang dikurniakan. 
Beri peringatan melalui penceritaan tentang kesukaran mendapatkan makanan bagi insan lain dan di kala keperitan di waktu peperangan sebelum merdeka agar si kecil tidak suka membazir makanan.

■ Bimbing anak kecil untuk membantu memasak bersama, membasuh pinggan, mengemas meja makan dan menghidangkan makanan. Nyatakan pada si anak bahawa dahulukan yang kecil, warga tua dan ibu yang sedang mengandung sewaktu mengagihkan makanan.
■ Kurangkan penggunaan gula, garam, bahan berlemak, makanan ringan, snek segera atau mengumpan kejayaan anak dengan gula-gula kerana ia amat berbahaya dan adalah jalan singkat saja. Elakkan obesiti pada usia muda.

■ Ciptakan situasi yang menggembirakan buat anak kecil setiap kali tibanya waktu makan dengan bercerita kepada anak dan gunakan bahasa yang penuh kasih sayang serta memperuntukkan sejumlah masa yang secukupnya buat si comel. Berbual dengan mesra, mimik muka yang ceria dan gaya bahasa badan yang bersungguh-sungguh dalam penyampaian cerita. Kongsi fakta menarik tentang makanan yang dimakan oleh anak.
■ Beri peluang, ruang, masa dan pujian kepada anak setiap kali pada waktu makan. Elakkan daripada memberi tekanan atau membuat sebarang kenyataan yang boleh mematahkan selera makan si comel. Ingatlah bahawa segala galakan yang datang daripada ibu bapa amat bermakna buat anak dan akan diingati sepanjang hayatnya.

Kredit info: Harian Metro
Kredit foto: Mr Google

4 comments:

mama zakuan on January 19, 2011 at 10:36 AM said...

anak mama susah betul nak makan sayur...

❦ Fara Farina ❦ on January 19, 2011 at 10:42 AM said...

itu biasalah aida.. budak2 kan.. kalau dihancurkan dalam makanan pun dia orang boleh tahu kita letak sayur.. Anak2 fara pun sama.. cuma sekarang ni dia makan sayur tapi sayur tertentu aje.. Dont worry, dah besar sikit dia orang makan la tu.. Kita dulu pun macam tu jugak.. hehehe..

Dinaz on January 19, 2011 at 4:18 PM said...

yelah kan adik dinaz pon sama..si budak kecik tu mmg susah nk makan sayur..
nasi dgn lauk je...itu pon ayam grg je..

||aLeaSaRa|| on January 19, 2011 at 4:56 PM said...

yuhuu sis!cepat join segemn BA Jom Gegar Blog.Simple je tak banyak n3...last mlm ni tapi better join cepat tau!anyway tq ye fara tadi....tqvm muahhhh!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada