Assalammualaikum, dan salam satu malaysia.. Apa korang buat malam2 nie? Mummy fara ngah menonton cerita "Ampunkan Daku" di slot Cerekarama di TV3.. Mmm.. best jugak cerita ni.. Cerita ni menggunakan tempat perlindungan wanita & gadis iaitu "KEM MODAL INSAN KEWAJA".. Sesiapa yang tak tahu tentang KEWAJA ni meh mummy fara cerita sikit yerk.. Jom baca okay!!
KEM MODAL INSAN KEWAJAKEWAJA bersedia membantu gadis dan wanita yang bermasalah. Terutama mereka yang menghadapi masalah pribadi yang serius akibat pergaulan yang terlampau atau terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral. Kami MENYELAMAT - MELINDUNGI - MEMBIMBING - MEMULIHKAN mereka yang benar-benar ingin berubah dan kembali kepangkuan keluarga dan masyarakat. Jangan ragu dan malu. Hubungi Kem Modal Insan Kewaja. Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami: Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan. Tel: 019-9886884 - 24 Jam.
SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON MENDAPATKAN
ANAK ANGKAT DI KEWAJA1.Pasangan suami isteri Warganegara Malaysia yang beragama Islam dan menetap ATAU tinggal tetap didalam Negara.
2. Telah berkahwin lebih daripada 5 Tahun dan tiada mempunyai zuriat atau anak sendiri walaupun anak angkat.
3. Pasangan suami isteri yang layak mestilah berumur tidak melebihi 45 Tahun dan sihat tubuh badan serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
4. Jika perkahwinan kali kedua atau kali yang seterusnya, keutamaan hanya kepada isteri yang tidak pernah hamil ATAU tiada anak kandung sendiri.
5. Kepada pasangan yang belum cukup 5 Tahun, mereka mestilah menyediakan lapuran atau pengesahan doktor yang mengesahkan mereka sukar untuk dapat anak ATAU berkemungkinan tidak boleh mengandung.
6. Pasangan yang layak hendaklah bersedia menjadi penaja demi menanggung segala kos yang berkaitan dengan Ibu Kandung bayi ( anak angkat ) disepanjang Ibu tersebut berada di Kewaja termasuk kos perubatan dan pengurusan kerana Kewaja tiada mendapat bantuan dari sesiapa.
7. Pasangan yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut;
- Salinan Mykad suami isteri.
- Salinan Sijil Perkahwinan.
- Salinan Slip Gaji atau bukti pendapatan bulanan ATAU perkerjaan.
- Maklumat dua orang kenalan yang tiada pertalian keluarga ATAU persaudaraan untuk rujukan.
- Surat sokongan atau pengesahan (Rujuk No.5) untuk kes tertentu ATAU jika perlu sahaja.
8. Proses permohonan dibuat pada setiap Hari Rabu minggu pertama setiap bulan. Pemohon di kehendaki menghubungi Kewaja untuk mengetahui tarikh dan masa. Masa daftar, dari Jam 9.00 pagi hingga 12.00 T/Hari.
9. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3384868 atau 012-2966884.
Disediakan oleh;
Pengarah Urusan
Kem Modal Insan Kewaja
Psssttt... Jangan anggap rumah perlindungan ini sebagai rumah maksiat atau rumah pembuangan bayi.. KEM MODAL INSAN KEWAJA ini ditubuhkan untuk membimbing dan melindungi gadis dan wanita yang bermasalah seperti dirogol, dianiaya, mengandung anak tidak sah taraf dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment