LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

3 days before my brother's wedding

Tuesday, October 26, 2010

Saya anak ke 3 dari 4 orang adik beradik.. 2 lelaki dan 2 perempuan.. abang dah berumah tangga.. kakak masih belum berumah tangga, saya sendiri dah berumah tangga tapi sekarang sudah single kembali dan yang last sekali adik lelaki akan berkahwin hujung bulan ini 29.10.10 dengan gadis dari Melaka.

Dah lama tak de kenduri kawin dalam keluarga saya ni, so bila adik lelaki nak kawin ni teruja sangat dan yang paling sibuk sekali kakak-kakak dia la. Segala-galanya diserahkan pada kakak-kakak dia. Tapi memang seronok sebab semuanya kita dapat buat sendiri, tak payah nak membazir duit tempah segala hantaran. Saya ni memang suka menggubah-gubah ni, tapi setakat untuk keluarga sendiri boleh la. Nak buat untuk orang lain belum sampai seru lagi. hehehe..

So, biasanya kalau adik lelaki mesti lepas tangan pada kakak-kakak atau emak nyer bab-bab untuk menguruskan hal perkahwinan dia. Dari A-Z semua kakak-kakak dan emak yang buat. Lain plak bagi perempuan, biasanya dia akan buat sendiri. Ya la, yang perempuan mesti la nak semuanya cantik dan perfect dan ikut citarasa sendiri, nanti kalau orang lain yang buat ada yang tak berkenan plak.

1. THEME COLOUR

Kena la tanya empunya badan yang nak berkahwin. Lepas tu tugas sebagai kakak menyelaras colour tersebut pada baju kaum keluarga, pelamin, bunga manggar, door gift, bunga pahar, wedding cake dan segalanya yang berkaitan.

Theme colour family kita orang untuk wedding adik hujung bulan ni adalah "Baby Blue".

2. HANTARAN
Ini adalah sebahagian hasil kerja tangan saya untuk perkahwinan adik lelaki saya. Baru 5 dulang, masih ada lagi 4 dulang belum dibuat.
Telekung & Al-Quran
Baju Kurung & Tudung
Kasut
Perfume & Jam Tangan
Handbag



Haa.. ni pengantin yang kena bagi tau kat kita berapa dulang hantaran dia nak kena bagi kat pihak perempuan. Bab-bab buat hantaran ni memang dah dicopkan pada saya la. Better buat sendiri dari upah orang. Kalau upah paling cikai RM15 dan paling grand boleh mencecah beratus ringgit sedulang) dari membazir upah orang baik buat sendiri. Puas hati, ye tak?
3. WEDDING CAKE
Bab kek plak, kakak saya yang uruskan. Dia dah siap tempah kat kawan dia. Dia minta kawan dia buatkan velvet cake. Simple je, tak de pun nak meleret2 dan bertingkat2.
4. PA SYSTEM & KOMPANG
Rasanya tak ada pakai kompang la. Just pakai mp3 je. PA System nak senang pakai hometheatre and sambung je kat Laptop. Sekarang dah senang tak payah dah nak guna benda2 lain senang cari dalam internet. Hehehe..
5. INAI
Haa.. yang ni plak keje kakak saya. Dia memang suka pakaikan orang inai. Dia yang akan paksa adik untuk memakai inai. Hehehe.. Lelaki senang je cuma pakai 3 jari, tak perlu susah2 nak ukir2 macam perempuan. Inai sekarang senang nak dapat, 1 tube harga dalam kurang RM5 (tengok tempat dan kualiti jugak) ala beli yang murah sudah kan, asalkan berwarna jari tu..
6. PAPAN TANDA
Papan tanda arah kerumah pengantin. Haa.. ni mesti buat, kalau tak, ada yang tak tahu mana rumah pengantin. Nanti ke rumah pengantin lain plak. hehehe.. Kerja untuk print benda ni saya la yang buat, dan yang pergi mencacak papan tanda ni mesti la sepupu2 lelaki. Sesiapa yang ada budget lebih tu boleh la buat "Bunting". Nak buat papan tanda ni, biarlah terang. Saya tengok ada jugak orang buat kecil molek. Macam mana la orang nak tengok. Nama pun papan tanda, mesti la orang senang nak tengok kan. Kalau boleh buat A3 size lagi bagus. Tapi saya akan buat A4 size je tapi akan pasikan orang boleh tengok. Kalau rajin laminate la kertas tu supaya tak kena hujan. Letak sebatang 2 bunga manggar untuk bagi menarik.
7. DOOR GIFT & BUNGA PAHAR
Mmm.. ni pun keje kakak-kakak and emak pengantin la. Bunga Pahar kakak saya yang buat. Door gift plak beli je kat nilai 3 berlambak ada. Cantik2 plak tu memang rambang mata. kita orang beli je mana yang menarik. dah bahagi2kan, untuk lelaki, perempuan dan kanak2. Memang best gi kat Nilai 3, tapi orang kata mahal. tengok barang jugak. Mcm2 riben2 kat situ mahal, kalau kat Klang harga dia murah 3 kali ganda dari di Nilai 3. Mm.. nak buat macam mana dah rumah dekat ngan Nilai so pergi je la mana yang dekat kan.. hehehe..
hari jumaat ni 29.10.10 tarikh nikah dia orang, 30.10.10 plak kenduri belah perempuan. Kenduri belah lelaki plak 7.11.10. So 2 minggu ni bz skit la ngan kenduri kendara. hehehe.. lepas habis kenduri if ada masa lapang i will update my blog and will story about the wedding ya.
Till then.. Assalammualaikum


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada