LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

SimplySiti Muncul Dengan Gincu Rona Merah!

Friday, October 1, 2010


KUALA LUMPUR, 1 OKT 2010: Biarpun Dato Siti Nurhaliza baru saja memperkenalkan SimplySiti Gold Edition untuk edisi Aidilfitri di pasaran beberapa bulan yang lalu, namun kini penyanyi nombor satu negara itu bakal muncul pula dengan rangkaian koleksi terbaru yang dinamakan Glam Red.
Rangkaian koleksi terbaru itu telah diperkenalkan dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Dato Siti Nurhaliza bersama bersama 100 pengguna bertuah SimplySiti di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur, semalam.
Siti yang ditemui memberitahu media memberitahu, koleksi terbaru yang diperkenalkan itu adalah atas permintaan pengguna SimplySiti.
"Bagi Siti gincu berwarna merah telah sekian lama menjadi kegemaran wanita sejak dahulu lagi. Walaupun ianya dianggap sebagai trend lama dan klasik tapi trend itu nampaknya telah kembali semula serta diminati di kalangan ramaja-remaja sekarang.
"Memandangkan koleksi SimplySiti sebelum ini belum pernah lagi mengeluarkan koleksi gincu merah, maka Siti usahakan untuk keluarkan koleksi yang terbaru ini. .Apa yang mengejutkan Siti, ramai rupanya pengguna SimplySiti sendiri yang mahukan produk kami keluar dengan gincu berwarna merah ini.
"Lagipun ia merupakan kesinambungan kepada koleksi Gold Edition yang dikeluarkan SimplySiti sebelum Ramadan lalu. Ternyata ia turut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ianya merupakan edisi terhad kami dan hingga kini, ia masih boleh didapati di semua cawangan ," kata Siti yang memakai gincu merah daripada koleksi terbarunya , Destinasi Cinta 1.
Selain memperkenalkan rangkaian kosmetik terbarunya, majlis pada petang itu juga diadakan dengan cukup meriah sekali dengan aktiviti-aktiviti ramah mesra bersama peminatnya. Siti yang mengenakan rekaan kaftan merah dari pereka terkenal Rizman Ruzaini itu ternyata nampak begitu gembira sekali dengan sambutan majlis yang diadakan pada petang itu.
"Sebenarnya 100 orang yang hadir pada petang ini adalah pengguna SimplySiti yang bertuah serta yang terpilih dalam peraduan yang kami anjurkan pada bulan Ramadan yang lalu.
"Jadi Siti gembira sangat kerana dapat meraikan majlis ini bersama pengguna-pengguna produk SimplySiti yang setia pada petang ini dan lebih meriah apabila semuanya mengenakan pakaian bertema warna merah," katanya sambil tersenyum girang.
Majlis yang bertemakan Glam Red Raya itu turut digamatkan dengan kehadiran Fara Fauzana dan Kieran yang bertindak sebagai pasangan hos. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Ezlynn, Shahir AF8, Aizat, Saedah juga Saerah serta diakhiri dengan persembahan memukau dari Dato'Siti sendiri.
Koleksi SimplySiti Glam Red yang dijangka akan menemui pasaran pada bulan hadapan itu menampilkan lima jenis gincu berwarna merah yang diberi nama Destinasi Cinta 1 dan 2 serta Debaran Cinta 1,2 dan 3.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada