LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Jangan ganggu anak Nora

Tuesday, November 16, 2010

SEBUAH portal hiburan baru-baru ini melaporkan ada sumber terlihat kelibat Fasha Sandha seorang diri di sebuah kedai permainan kanak-kanak di Petaling Jaya.

Fasha dikatakan sedang membeli beberapa barang mainan kanak-kanak di kedai yang menjadi kegemaran kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau mesra dipanggil Jejai, untuk membeli barang mainan anaknya bersama bekas isterinya, Nora Danish.

Kehadiran pelakon yang penuh dengan kontroversi itu di situ, membuatkan orang ramai menyimpulkan yang Fasha sudah mendapat pasport untuk bertemu dengan anak kesayangan kekasihnya itu.

Malah dapat disimpulkan, barangan yang dibeli oleh Fasha itu buat anak Rizal itu iaitu Putera Rayqal Rizal Ashram.

Sebelum ini, semua sedia maklum yang Nora tidak sudi andai anak kesayangannya itu ditemukan dengan Fasha walau apa cara sekalipun.
Saat diaju soalan oleh para wartawan adakah kini kekasih kepada dudanya itu, sudah mendapat lampu hijau untuk bertemu dengan anaknya, dia terkejut besar.

“Terima kasih kerana memaklumkan saya tentang ini kerana saya sememangnya tidak pernah mengetahuinya sebelum ini.

“Tetapi saya tidak rasa itu untuk anak saya. Mungkin dia membeli mainan untuk anak saudaranya atau anak kawannya.

“Baguslah kalau dia rajin beli barang mainan kanak-kanak sebagai persediaannya untuk menjadi ibu suatu hari nanti.

“Walau macam mana sekalipun, saya tetap dengan pegangan saya. Tolong jangan ganggu anak Nora!

“Jejai tahu dan amat faham pegangan saya itu tetapi saya tidak tahu kalau di belakang saya macam mana.

“Walaupun dia sekarang bersama Jejai, tapi saya berharap dia tak perlulah jumpa anak saya atau teringin nak jadi ibu kepada anak saya.

“Anak saya masih beribu dan saya tidak rasa Rayqal perlukan seorang lagi ibu,” ujar wanita genit ini penuh tegas ketika ditemui di sidang akhbar Kamilah Bintang di Restoran Fullhouse, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan dengki ataupun tamak, tetapi bagi Nora, Rayqal yang berusia setahun lebih itu adalah dunianya dan dia tidak mahu orang luar mengganggu anak kesayangannya itu.

Namun, tambah Nora, dia tidak menolak andai suatu hari nanti pendirian berubah jika Jejai dan Fasha selamat diijabkabulkan.

Buat masa ini, ujar Nora, dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi kerana mereka berdua belum berkahwin.
Ceritanya lagi, hubungan dia dan Jejai amat baik demi masa depan anak mereka.

Malah, tambah Nora, dia, Jejai dan keluarga Jejai akan bersama-sama pergi bercuti di luar negara sekitar bulan Disember ini.

“Saya dan keluarga Jejai memang rapat sehingga sekarang dan hubungan itu tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi.

“Percutian kali ini, kami mungkin akan ke Korea ataupun Jepun,” tambahnya yang kini mengacarakan rancangan realiti mencari bakat muda terbitan Astro, Kamilah Bintang.

Kredit foto & info: Utusan Malaysia Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada