LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Sikap ringan tulang penambat hati

Tuesday, November 16, 2010


LEBIH setahun bergelar ibu tunggal kepada tiga anak, pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin akhirnya bertemu pengganti yang mengisi kekosongan hatinya selama ini. Jejaka bertuah yang berjaya menawan hatinya itu ialah ahli perniagaan berstatus bujang, Mohd Hasnul Amril, 29 (Anol).
Kata Putri Mardiana yang lebih mesra disapa Nina, 29, dia dan Anol pernah berkawan ketika sama-sama menuntut di Malaysian Institute of Art, 10 tahun lalu.


"Saya belajar dalam jurusan rekaan grafik ketika itu. Sayangnya, saya hanya belajar separuh jalan kerana bapa, Zainal Abidin Abdullah meninggal dunia kerana serangan angin ahmar pada usia 71 tahun.
"Saya dan Anol tidak berjumpa lagi selepas saya meninggalkan kolej. Kami juga terus membawa haluan masing-masing sebelum berjumpa semula, Jun tahun ini," katanya.


Putri Mardiana yang berdarah kerabat diraja Kelantan ini mengakui Anol juga tidak mengetahui statusnya yang sudah bercerai apabila mereka bertemu semula.

"Kami bertemu semula ketika saya keluar beramai-ramai untuk makan pada Jun lalu. Saya terdengar Anol memanggil nama saya apabila saya dan rakan ingin beredar dari kedai makan itu. Selepas pertemuan itu, kami kembali menjalin hubungan yang terputus dulu. Secara kebetulan, Anol juga masih bujang," katanya.
Lebih menyentuh hati Putri Mardiana ialah Anol juga menerima dirinya seadanya.

"Maklumlah, bukan mudah orang hendak terima wanita yang berstatus janda anak tiga seperti saya. Namun, keluarganya menerima saya dengan baik. Begitu juga keluarga saya yang menerimanya dalam keluarga kami.
"Saya memang sangat pentingkan restu daripada keluarga dalam soal kahwin ini kerana jika tidak, saya bimbang perkahwinan yang dibina itu tidak akan kekal lama.

"Setakat ini, kami sudah enam bulan berkawan dan hubungan ini serius. Cuma buat masa ini, kami belum bersedia mengakhiri hubungan ini dengan fasa perkahwinan lagi," katanya.

Ditanya ciri-ciri yang ada pada Anol, kata Putri Mardiana, dia seorang lelaki yang ringan tulang.

"Apabila saya ke rumah keluarganya dan hendak menolong kerja dapur, dialah yang menjaga anak saya di ruang tamu. Dia juga menyayangi anak saya seperti anaknya sendiri," katanya.

Hasil perkahwinan dengan bekas suami, Shahnaz Norwawi, mereka mempunyai tiga anak iaitu Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5, dan Airell Zuhair, 4.

Berkongsi cerita tiga anaknya pula, kata Putri Mardiana, mereka tinggal bersama ibu mentuanya di Bentong, Pahang.

"Sekalipun kami berjauhan dan jarang berjumpa, hubungan saya dan tiga anak cukup rapat. Apabila bekas suami bawa saya berjumpa mereka, saya pastikan masa berkualiti dengan anak.
"Saya memang memanjakan mereka setiap kali berjumpa. Sayalah yang memandikan, memakaikan bedak, menyikat rambut sekalipun mereka sudah besar," katanya yang juga anak ketiga dari empat beradik.
Mengenai perkembangan karier seni pula, Putri Mardiana yang pernah dicalonkan dalam Top 5, Festival Filem Malaysia Ke-23 (filem Santau), mengakui namanya semakin dikenali selepas tersenarai dalam acara berprestij itu.
"Terbaru, saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri 18 episod terbitan MIG, Takut Bini Sayang Suami untuk TV9. Barisan pelakon ialah Zul Yahya, Maria Farida dan Mon Rianti.
"Selain itu, drama bersiri 13 episod untuk Astro Ceria, Klik arahan Hashim Rejab. Saya bawa watak pembantu yang juga Cikgu Disiplin dalam cerita ini," katanya.

Putri Mardiana yang mengikat kontrak lagi tiga tahun dengan MIG mula berlakon pada Mei 2008 sehinggalah sekarang.

Filem lakonannya yang menunggu tayangan ialah komedi seram, Ngangkung, Damping Malam, Kongsi, Senario The Movie Op pocot dan Keramat.

Dalam filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, Putri Mardiana bergandingan dengan Azad Jazmin, Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak. Pelakon lain ialah Eira Syazira dan Farisha Fatin.
Putri Mardiana bawa watak pembantu bernama Hamidah yang juga isteri kepada Tasnim lakonan Azad.

"Menurut Kamus Dewan, Ngangkung bermaksud bercangkung sambil melakukan pemujaan. Cerita ini mengisahkan tiga sahabat - Azim, Wan dan Tasnim yang menjalani kehidupan sederhana dan mempunyai masalah tersendiri.

"Mereka mula mencari punca pendapatan sampingan demi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing dengan memuja nombor ekor. Sekalipun bawa watak pembantu, ia tetap mempunyai cabaran tersendiri apabila Hamidah mula mengandung.

"Apakah yang terjadi apabila roh yang dipuja tiga sahabat ketika melakukan pemujaan itu mula menghantui kehidupan mereka ?," katanya.
Ngangkung terbitan Metrowealth ini bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada 25 November ini.


>PROFIL:
NAMA PENUH : Putri Mardiana Zainal Abidin
ASAL: Sitiawan, Perak
TARIKH LAHIR : 3 Oktober 1981
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5 dan Airell Zuhair, 4.
Drama : Adnan Sempit The Series, Siti Kelembai, Legasi 43 Karat, Uda dan Dara, Mama Murai, Ada Maya dan Jangan Tegur Lagi.
FILEM : Santau
PENCAPAIAN: Pemenang kategori Lakonan, World Championship Performing Arts 2009 (WCOPA), Los Angeles

Kredit info & foto: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada