LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Friday, November 12, 2010

Penyanyi kumpulan Fotograf yang pernah popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta, Shamrin, sudah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat serangan jantung ketika bermain bolasepak.


Allahyarham Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan 5 buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Antara lagu-lagu kumpulan ini yang telah mendapat sambutan yang hangat  ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan, Di Alam Fana Cintamu – duet Sharifah Aini (Pernah memenangi Lagu Terbaik Kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga Anugerah Khas Muzik-Muzik) dan Luka Seribu Rindu.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shamrin, moga rohnya di tempatkan dalam kumpulan orang beriman. Amin…

p/s: sumber dari best1of4's blog

2 comments:

armouris on November 12, 2010 at 7:55 PM said...

alfatihah! info tentang mati bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

FARA BENNY on November 13, 2010 at 10:36 PM said...

alfatihah! terima kasih untuk info tu yer..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada