Strawberries!! Saper yang tak suka strawberry kan.. I love strawberry so much. Mummy fara bukan nak cerita pasal strawberry tapi nak cerita bagaimana mummy fara boleh sampai ke puncak Cameron Highland semalam. Begini cerita nya...
Hari sabtu planning memang nak pergi ke Tambun, Perak sebab uncle belah mak ada buat kenduri akikah pada sebelah malam. Cuma kami berlima yang pergi, Mak, Kakak, Mummy Fara & 2 orang anak2 mummy fara. Ayah mummy fara tinggal sebab tak muat kereta. Hhehe.. Plan memang nak pergi Tambun, tapi alang2 dah sampai so divert ke Lumut dulu sebelum ke Tambun. Kenapa Lumut? Sebab mummy fara nak jumpa ex colleague kat Marina Island. 7 bulan lepas mummy fara keje kat Marina Island. Rindu nak jumpa kawan2 lama, tapi tak semua yang mummy dapat jumpa. Lepas ke Marina Island, mummy fara gi Lumut plak atas permintaan Mak. Dia nak shopping ikan bilis, ikan tamban dan pelbagai jenis jajan la. Hahaha.. Dah alang2 datang kesini shopping la apa yang patutkan.. Dah habis shopping terus shoot ke rumah uncle di Tambun. Aktiviti belah malam, kenduri akikah dua orang cucu uncle..
Esoknya plak, my mummy kata daddy suruh pergi Cameron Highland beli Strawberry. Lor.. Kena naik CH semata-mata nak beli strawberry jew. Mm.. tak pe la, dapat la jugak jalan2 dan hirup udara nyaman kat atas tu. Mummy fara pun dah lama tak naik ke CH sana. Tapi yang tak syok nya tu time2 duit dah kering tu la nak pergi macam2 tempat.. huhuhu.. mummy fara tengok jew la.. Dah lama tak gi sana mcm2 tempat kita orang berhenti, strawberry farm, kedai chocolate, kebun teh dan macam2 lah.. Lepas habis jalan2 dan bershopping kat atas tu kita balik ke Seremban.. Dont know what else to write here just enjoy with the pictures la ek.. Enjoyyzzz!!
@ AVANT CHOCOLATE MANUFACTURE * WHOLESALE * RETAIL |
BOH PLANTATION |
@ BW MARINA ISLAND PANGKOR RESORT |
@ CAMERON HIGHLAND |
Psstt.. terkejut dengar berita pasal nahas bas di Cameron Highland yang mengorbankan 27 nyawa. Mummy fara memang lalu dekat situ masa nak pergi ke CH hari ahad hari tu. Tup2 dengar semalam kejadian tu berlaku.. Ya Allah.. terkejut sangat.. Jalan sana memang bahaya sikit.. nak lagi kalau menurun.. kena berhati2.. apa2 pun takziah pada keluarga mangsa..
4 comments:
weee...besnya akak pergi bercuti..sue da lame gile x bercuti..
akak bukan gi bercuti, cuma singgah2 jew.. huhuhu.. next year baru plan nak gi bercuti betul2.. hehehe..
huhu..nak ikut.Nak strawberry tu!Syukur kau dan family slmt balik.Musim hujan ni bhya gi Cameroon dan tempat yg sewaktu dgnnya.Wah best lah dpt jmp member lama..
Strawberry tu dah masuk semua dalam perut2 aku dan family yang lain.. hahahaha.. Memang skrg musim hujan jalan licin.. alhamdulillah tak de apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan aku hari tu..
Post a Comment