SEPANG: Hampir setahun lebih merahsiakan hubungan cinta, akhirnya anggota kumpulan Sepah yang juga juara Raja Lawak musim ketiga, Shamira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib, 26; dan penyanyi popular Siti Sarah Raisudin, 26, mengikat tali pertunangan pada 16 November lalu, di Kuala Selangor.
Ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran drama Bujang Sepah di Goald Coast Resort di Sepang, semalam, Shuib menjelaskan pertunangannya terpaksa dirahsiakan atas permintaan Siti Sarah.
Katanya kegagalan pertunangan sebelum ini dikhuatiri akan berulang sekiranya mereka meuar-uarkan mengenai pertunangan dan pernikahan yang sedang dirancang. Dalam waktu sama Shuib turut menafikan majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada Januari nanti, kerana kumpulan Sepah sedang sibuk di lokasi penggambaran hingga 15 Januari nanti.
“Jangan risau apabila tiba hari pernikahan saya dan Sarah nanti, kami akan menjemput wakil media dan tidak akan merahsiakannya seperti majlis pertunangan kami dulu,” katanya.
Shuib turut menjelaskan bahawa tiada perbincangan membabitkan isu wang hantaran pada majlis pertunangan mereka dan ia masih lagi dalam proses perbincangan. Pasangan Shuib dan Sarah mula berkenalan sejak dua tahun lalu sewaktu mereka bersama-sama menjayakan penggambaran sitkom Gelak Khas.
Psss.. Harap2 menjadi la perkahwinan siti sarah tu.. jangan plak tak jadi macam mak salleh hari tu.. Apa2 saya nak ucapkan tahniah pada Siti Sarah..
0 comments:
Post a Comment