LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

MuMmY baCk 2 ScHooL

Friday, December 10, 2010

Assalammualaikum...


Pernah tak korang terfikir (parents atau yang dah berumur macam kita nie) untuk sambung belajar balik? Memang sekarang ni ramai ibu bapa yang bekerja membuat part time study.. Saya memang dah lama simpan niat nak sambung study since anak2 masih kecil lagi. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk saya sambung belajar semula. Anak2 pun dah besar sekarang.. Tu la!! dulu masa mak ayah suruh belajar tak nak belajar betul2.. sekarang baru la terhegeh2.. hehehe..

Ok nak dijadikan cerita, company saya ni setiap tahun didatangi oleh pihak syarikat ANGKASA TRAINING CENTRE yang membuka kaunter promosi untuk mengikuti kursus yang dianjurkan bersama Universiti Utara Malaysia.

So ini lah peluang yang perlu saya "grab" untuk sambung belajar semula. Nak tahu course apa yang saya ambil? Memang tak de kene mengena ngan keje saya sekarang. Saya lebih berminat pada "Human Resources". Kenapa "Human Resources"? Entah la, mungkin saya nak jadi macam daddy saya kot. Dia dulu seorang Personnel Manager. Saya pernah bekerja dibahagian HR awal tahun ni, dan saya dah jatuh cinta ngannya. Tapi rezeki saya berpihak kepada PA/Secretary. Mungkin saya kurang berpengalaman dalam HR sebab tu susah nak dapat jawatan sebagai HR Exec. Mungkin lepas ni peluang saya untuk bekerja dibahagian HR akan termakbul. 


Ada orang cakap, orang macam saya tak sesuai kerja dibahagian HR. Nak tahu sebab apa mereka kata begitu? Sebab saya ni terlalu baik dan terlalu berlembut pada orang. Takut pekerja2 akan pijak kepala saya. Isk!! Ada plak macam tu kan. Kita kerja dibahagian HR ni mesti berlembut tapi ada tegasnya. Tapi kebanyakkan yang saya tengok, ramai orang yang bekerja dibahagian HR "Garang", "Sombong" dan tidak disukai oleh pekerja2. Jangan tak percaya, masa kita kerja dibahagian HR dulu kat Hotel kebanyakkan staff sana suka sebab dia orang kata saya tak sama macam staff2 HR yang sebelum ni garang2.. Walaupun HR Manager kita orang garang tapi dia orang tak takut nak datang office sebab ada saya.. Apa2 semua berurusan ngan saya walaupun jawatan saya hanya Officer.. Hahaha.. Okay la tuh!!


Mesti best kan dapat belajar balik.. Isk!! Tak sabar plak rasanya.. Saya sudah pun mengisi borang dan telah pun submit pada mereka sebentar tadi. Saya akan start kuliah (cheewah!!) pada awal tahun depan. 



Program yang diambil: Executive Diploma in Human Resources Management

Jangka Masa Kursus: 15 bulan (sebulan 2x class - Sabtu & Ahad)

Teknik Pengajaran: Kajian Kes, Perbincangan Kumpulan, Kuliah & Kuiz

Penganugerahan Diploma: Diploma Eksekutif di anugerahkan oleh Universiti Utara Malaysia.

Seminar industri: Satu seminar industri akan dijalankan dihotel atau pusat peranginan untuk peserta kursus yang akan dikendalikan oleh pakar industri.

Any further info go to this website: www.angkasatraining.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada