LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

aKu iNi wAnitA

Monday, January 17, 2011

Assalammualaikum warga blogger semua!!

Woot!! Woot!! Wah!! Segmen hari ini sangat menarik hati dan naluri wanita ku. Cheewwah!! Ngader betul.. Hehehe.. Abg Ben kita hari ini sangat prihatin dengan kaum wanita. So wujud la segmen khas buat wanita.. So, apa lagi siapa yang berminat meh la join dan klik sini.
Saya sendiri tak tahu dan keliru kenapa diri ini tidak pernah dihargai oleh seorang lelaki? Dari zaman bercinta sampai la ke alam perkahwinan semua lelaki hanya ingin mengambil kesempatan keatas diri ini. Bukan kesempatan yang berupa "sx" tetapi memainkan perasaan dan mengikis. Adakah saya ni terlalu baik dengan lelaki? Kata kawan baik saya Aleasara, saya ni terlalu baik sampai kesemua lelaki yang berkawan dengan saya dulu pijak kepala saya, termasuk juga lah dengan bakal bekas suami saya. Entah la, saya sendiri pun tak tahu, mungkin benar kot? Jadi baik salah, jadi jahat pun salah. So saya nak jadi apa?
Macam kes saya dengan bakal bekas suami, selama saya hidup dengan dia tanggungan anak2 ditanggung sendiri oleh saya. Nak harapkan duit dia. Memang ada dia bagi tapi ikut suka hati dia sahaja bila nak bagi atau berapa dia nak bagi.. Tapi kalau ikutkan memang susah la dia nak bagi nafkah. Dia pernah bagi saya cuma RM20.00 kalau saya tak de duit untuk pergi keje. Tapi saya masih sayangkan dia masa tu, tak kisah dengan apa yang dia telah buat pada saya. Saya back up dia bila family tanya pasal pemberian nafkah. Macam2 alasan saya berikan pada family untuk mengelakkan dia dibenci oleh mereka. Bertahun2 juga dia buat begitu pada saya. Dia tidak pernah menghargai apa yang telah saya buat.
Pada tahun 2007 dia telah dioffer bekerja di China. Kami sangat gembira mungkin pertukaran kerja akan membuatkan dia lebih bertanggungjawab pada keluarga. Mungkin dulu dia bekerja di Club jaminan masa hadapan tiada disitu. Tapi sangkaan saya meleset. Bulan pertama hingga kedua dia berada disana saya tidak meminta duit nafkah darinya kerana dia baru bekerja disana dan memerlukan wang. Bulan ketiga, dia ada berikan nafkah tapi amat payah untuk mendapatkan nya.. Masuk bulan keempat, dia telah menyepikan diri tanpa memberi sebarang khabar berita dan nafkah pada saya. Sejak dari itu saya terus membenci dirinya dan kasih sayang yang telah saya berikan pada dia terus padam serta merta. Saya betul2 patah hati dengan apa yang telah dia buat pada saya. 
Untuk dipendekkan cerita, sejak dia balik ke Malaysia 2 tahun lalu dia tak pernah datang menjenguk kami anak2 beranak. Dalam 2 tahun tu dia ada cuba berhubung dengan saya melalui email, tapi menghilangkan diri semula setiap kali saya bangkitkan hal penceraian.
Baru2 ni dia tiba2 muncul dalam FB anak saya bergambar dengan seorang perempuan dan sorang anak. Dan perempuan itu juga mengaku menjaga dia bagaikan suami isteri selama 2 tahun. Apa maksud semua itu? Korang fikir la sendiri ek. Saya dah tak de apa2 perasaan bila melihat dan mendengar semua itu, kerana hati saya dah lama terpadam untuk diri dia. Saya dah tak kisah apa yang dia nak buat dibelakang saya. 
Tahun lepas bulan 11, dia ada datang jumpa saya dan cuba untuk berbaik dengan saya. Dia merayu-rayu pada saya supaya saya berbalik semula dengan dia. Dia mengaku kesalahan yang telah dia buat selama ni, dan dia juga dah berubah. Chit!! berubah apa kebendanya, kalau dah berkali-kali dia menipu selamanya saya takkan percaya. Saya katakan pada dia, "kita dah tak ada jodoh dan tak ada persefahaman. Tak mungkin saya akan kembali pada awak. Lupakan saya, lepaskan saya. Saya ingin hidup sendiri bersama anak2 tanpa awak." Nak tahu apa dia cakap? Mmm.. biasa lah ayat merapu, nak bunuh diri la, itu la ini la.. dah tahu sangat jawapan dia. Tapi tak mati2 jugak. (oppss!! sorry over plak) dia ingat bila dia cakap macam tu saya nak kesian ke? Sorry la ek..
So sekarang, saya telah pun failkan kes penceraian tu. Perbicaraan yang sepatutnya 31 Dec 2010 hari tu ditanggung ke 24 Jan 2011. Saya harap kawan2 blogger semua mendoakan yang kes penceraian saya ini akan berjalan dengan lancar dan harapan agar saya bebas tanpa ikatan yang telah lama tergantung. 
Nasihat untuk kaum lelaki.. wanita dijadikan bukan nye untuk ditindas atau dikasari tetapi untuk dikasihi. Hargai ape yang ada didepan mata jangan sampai hilang baru terasa..Tolong jangan mempermainkan perasaan wanita. Jangan pentingkan diri sendiri apabila sudah berkeluarga. Wanita adalah insan yang sangat lemah. Tolong jangan jadi seperti lelaki yang saya ceritakan diatas yer.. Saya tak tahu la nak nasihat apa lagi. Korung faham2 sendiri la yer.


15 comments:

Fairy on January 17, 2011 at 6:04 PM said...

byk2 sabar ye Fara..jgn dikenang sgt kisah yg lalu... live in the present not in the past or the future..Luv u

||aLeaSaRa|| on January 17, 2011 at 6:06 PM said...

support my bff!doakan agar kwn kite ni btemu jdh yg lbh baik.smga sgla urusan melibatkan penceraian bjalan lancar.kite tau a-z pjlanan khdpn kwn kite ni sob..sob...tulah baik sgt hah ni yg nak marah ni...

❦ Fara Farina ❦ on January 17, 2011 at 6:06 PM said...

hi farina.. thanks sebab bagi semangat.. alhamdulillah, setakat ni memang allah kuatkan semangat fara untuk teruskan kehidupan dengan dugaan yang amat berat.. walaupun kadang2 tak terdaya..

❦ Fara Farina ❦ on January 17, 2011 at 6:08 PM said...

amin.. doa2kan lah yer.. hehehe.. jangan la marah, aku dah memang macam ni nak wat macam mana.. huhuhuu..

aDisH.sHidA on January 17, 2011 at 6:12 PM said...

ini yang shida takut ngan kalau berumahtangga...kadang2 pengalaman org yang dah kawen nie...ntah la...tp apa pun shda harap fara tabahkan hati...sabar byk2,i'allah allah itu maha esa..maha mengetahui..maha adil...sabar ye...

❦ Fara Farina ❦ on January 17, 2011 at 6:16 PM said...

salam shida.. bukan semua orang akan kena macam nie.. jangan la takut plak nak kawin.. mungkin fara sendiri yang salah pilih.. insya'allah kalau pilihan itu betul, mungkin takkan jadi macam ni.. alhamdulillah, fara dapat menempuhinya.. inysa'allah..

Kechik Itu Comel on January 17, 2011 at 6:56 PM said...

banyak kn bersabar..bila baca cite ni mcm2 perasaan wujud..ape2 pun kehidupan msti diteruskan..lagi2 tuk anak2..msti farah ni seorang yg tabah kn..mcm2 dugaan yang dh dilalui..

ape2 pun..wish ur luck..

follow ur blog..=)

❦ Fara Farina ❦ on January 17, 2011 at 9:27 PM said...

Nour Akmal.. alhamdulillah, fara masih dapat teruskan kehidupan.. thank you so much for you wishes.. and thanks alot coz you fllw my blog.. wink! wink!

Anonymous said...

byak kan bersbar ye sis.. hope sis happy alwayz k.. sdey gak baca cite sis nie

❦ Fara Farina ❦ on January 18, 2011 at 6:41 AM said...

thanks micky.. akak memang sentiasa happy.. yeah!! woot! woot! hehehe...

mama zakuan on January 18, 2011 at 9:09 AM said...

salam, nasib kita sama...aida dah bercerai hampir 4 tahun...anak dah umur 5 tahun pun, ayah dia langsung tak tanya khabar anaknyer...

❦ Fara Farina ❦ on January 18, 2011 at 10:00 AM said...

salam aida.. sabar yer aida.. allah nak duga kita macam2..harap kita dapat membesarkan anak2 dengan sempurna walaupun tanpa seorang lelaki.. Kalau aida perlukan seseorang untuk berkongsi cerita atau masalah, fara sanggup mendengarnya.. Kita boleh bertukar2 pendapat.. Jangan sedih2 yer tabahkan hati demi anak okay.. (^_~)

Aziela on January 18, 2011 at 12:49 PM said...

Woww...Fara sungguh tabah dan BERANI!! Bukan calang2 manusia can go through all that. And I am proud it is a WOMAN. You go girl.... I had an experience with ex-hubby gak dulu... and it all depends entirely on our own strengths... If you need to talk..feel free to drop me a few lines ok... Can I follow your blog?

❦ Fara Farina ❦ on January 18, 2011 at 12:55 PM said...

Terima kasih aziela.. if i need someone to talk i will drop you a line okay.. Jom la follow fara.. thanks again ya.. (^_~)

cikpuanhady on January 21, 2011 at 12:00 AM said...

semoga fara lebih tabah hadapi dugaan ini.. mana tau, lepas ni u akan jumpa lelaki yang lebih baik dan menghargai fara..

Jom skodeng :Pendapatan Sampingan Berblog dengan HeartBeat.my

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada