SELEPAS meraih pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara, kartun popular Kampung Boy karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat ke pentas teater pula dan vokalis Wings, Awie dipilih sebagai watak utama kerana dikatakan ada persamaan dengan kartunis ternama itu.
Apakah persamaan antara Awie dan Lat yang melayakkan pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dipilih? Malah, adakah pemilihan Awie kerana dia ‘bintang kesayangan’ Mamat Khalid yang juga adik Lat?
Ternyata ia bukanlah seperti disangka kerana Awie ada alasannya. Ditemui pada sidang media Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) di Istana Budaya, Khamis lalu, Awie berkata sebab kukuh mengapa dia dipilih untuk melakonkan watak Lat itu kerana iras wajah dan gayanya ada persamaan dengan kartunis berkenaan ketika muda.
Katanya, dia tak pernah menduga bahawa Lat pada usia beliau 30-an, seorang lelaki yang menggayakan imej rocker dengan rambut panjang kerana minat pada muzik ‘blues’. Kata Awie, gambar Lat ketika muda itu membantunya membuat keputusan untuk terima tawaran diberi.
Katanya, dia tak pernah menduga bahawa Lat pada usia beliau 30-an, seorang lelaki yang menggayakan imej rocker dengan rambut panjang kerana minat pada muzik ‘blues’. Kata Awie, gambar Lat ketika muda itu membantunya membuat keputusan untuk terima tawaran diberi.
“Saya menerima tawaran ini daripada Tall Order Productions Sdn Bhd selaku penerbit pada Oktober 2010. Ini kerana, teater ini dirancang pementasannya di IB pada Disember lalu. Namun, saya menolaknya kerana sibuk dengan persediaan untuk Konsert Double Trouble Wings-Search.
“Bagaimanapun, pihak produksi masih inginkan saya dan mereka sanggup menunggu semuanya selesai. Syukur, saya ada kelapangan pada Mac hingga awal April depan. Namun, saya tetap berdebar untuk sesi latihan kerana Lat adalah watak besar dan ikon kartunis negara.
“Banyak persediaan harus saya buat terutama untuk memahami karakter sebenar watak utama. Ia meliputi aspek cara beliau bercakap, berjalan dan sebagai�nya untuk memastikan penonton terhibur. Bagi saya, satu cabaran berat kerana melakonkan watak individu masih hidup.
“Ia tak boleh diambil ringan dan sebagai pelakon saya perlu banyak membuat penyelidikan. Justeru, memandangkan Lat menetap di Ipoh dan saya di Kuala Lumpur, calon tepat yang boleh membantu saya adalah Mamat. Ini kerana antara Lat dan Mamat saling tak tumpah,” katanya.
Menurut Awie, sebelum kata putus diambilnya untuk menyertai teater muzikal LKBSM itu dia ada berbincang dan meminta pandangan Mamat. Beliau (Mamat), tidak membantah sebaliknya memberi sokongan. Justeru, ia satu penghormatan besar untuk dirinya.
Dipentaskan di Panggung Sari, IB bermula 16 Mac hingga 3 April depan, LKBSM dijangka berlangsung lebih dua jam. Malah ia membariskan pelakon lain seperti Atilia sebagai Faizah, isteri Lat, Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra Sodhi sebagai Mrs Hiew.
Apapun, Awie berkata, bagi memastikannya mampu merealisasikan watak Lat dengan baik, dia akan mengkaji komik dihasilkan kartunis itu termasuk belajar melukis. Menurut Awie, turut dimuatkan nanti babak dia melukis seperti Lat dan untuk itu ambil kursus latihan.
Selain Tall Order, penerbit bersama teater LKBSM ini ialah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu turut diakui menelan belanja yang tinggi kerana penggunaan teknik kesan khas.
Penerbit merangkap pengarah bersama teater LKBSM, Hans Isaac berkata, pementasan teater itu juga bersempena ulang tahun kelahiran Lat ke- 60 pada 5 Mac ini. Sehubungan itu, selain Hans, pastinya Harith Iskander juga adalah pengarah yang memikul tanggungjawab sama.
“Ia cabaran besar buat saya dan harus dibuktikan. Sebagai antara individu yang terbabit dalam industri kreatif tanah air, saya harus sentiasa bersedia. Oleh itu, bagi menyiapkan skrip ini dan mengenali Lat lebih dekat, saya dan Harith ‘berkampung’ di Ipoh.
“Beberapa hari di Ipoh, kami berulang-alik setiap hari dari hotel ke rumah Lat untuk mengumpulkan pelbagai maklumat penting mengenai beliau. Selepas itu, Harith membuat skrip dan ia dirujuk kepada penggiat seni lain seperti Mamat dan Adlin Aman Ramlie,” katanya.
Selepas dinilai, dikaji dan diteliti, Hans berkata, skrip ditulis itu terpaksa dirombak semula sebanyak 15 kali, semata-mata untuk memantapkan lagi pementasan teater ini nanti. Malah, sebanyak 10 lagu akan diperdengarkan sepanjang pementasan itu berlangsung.
Penggunaan teknikal baru akan dimasukkan dalam teater ini untuk menghasilkan kesan bunyi khas yang mantap serta visual yang dilihat seperti sebuah teater animasi. Ia memang sukar tetapi harus diketengahkan untuk melihat hasilnya.
Lat yang hadir sama di majlis itu, berkata, beliau menyerahkan 100 peratus kepercayaan kepada pasukan produksi terbabit untuk merealisasikan teater LKBSM untuk tatapan penonton. Katanya, beliau hanya berkemahiran melukis kartun dan bukan pada industri kreatif.
“Saya takkan mengganggu (pihak produksi) atau mengkritik hasil kerja mereka. Bagi saya, mereka lebih pakar dan tahu selok-belok pementasan teater.
Bagaimanapun, saya sentiasa bersedia membantu memberi pendapat sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan.
“Malah, sebagai pelukis kartun saya juga sedar betapa geramnya apabila lukisan dibuat dipertikai dan menjadi persoalan orang. Idea kreatif setiap individu berbeza dan saya harus akur. Kini, apa yang saya harapkan pementasan ini meraih kejayaan.
“Ditambah lagi, ini ada penghormatan besar bagi kartunis seperti saya. Jika sebelum ini IB banyak mementaskan teater untuk mengiktiraf jasa pemimpin negara dan seniman tanah air, sekarang ruang dibuka untuk bidang seni kartun pula. Ia sangat membanggakan,” katanya.
Menyentuh mengenai Awie yang dipilih untuk karakter beliau, Lat berkata dia calon paling tepat dan difikirkan layak.
Jadi, beliau bersetuju dan menghormatinya. Katanya, Awie juga seorang pelakon berbakat dan beliau yakin dengan kemampuannya.
Untuk menyaksikan pementasan LKBSM, tiket dijual pada harga dari RM30 hingga RM230 dan boleh didapati di laman web Ticket2u.biz.
Psst.. Korang jom pergi nak? Rasa macam nak tengok je, mesti best kan.. Sesiapa nak pergi tu jangan lupa ajak kita.. Boleh gi ramai2..
Kredit info: Harian Metro
Kredit foto: Mr Google
2 comments:
fara..hye dh lunch ke?woit aku rasakan dulu ditakdirkan utk kite lahir serentak sama hari sama waktu.tapi tulah mummy kau dah tak sabo nk tgk anak dia yg comel kau kuar dulu he3.akukan..pg td nk plh topik lat ni sbb dia dulu jrn aku.tapi aku berkenan pulak topik gtg rambut.kalau tak,sama lg topik he3.lat dulu jrn kitorg kat seksyen 17,s/jaya.abah aku selalu borak2.best dia baik tak smbg!
umangai.. boleh pulak sama ek.. kah!kah!kah!.. itu la.. mak aku nak kuarkan aku 8 bulan lebih awal dari ko.. hehehe.. wah! mesti bestkan berjiran ngan lat.. aku dulu suka sangat beli buka lat..
Post a Comment