LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

bAyi diTinJu iBu!!

Friday, January 14, 2011

Nape dah giler ke mak budak ni?? Zalim betul la.. Ada ke patut ditinju nya budak kecik ni.. Isk!! Geram betul ar.. Meh kita cuba tinju muka dia plak, macam mana dia rasa.. Huh!! Tak de otak betul la mak budak ni!! (Sorry terover plak.. Geram ni!!!)

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.

Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

2 comments:

||aLeaSaRa|| on January 14, 2011 at 1:48 PM said...

yuhuu dtg sini bw award ambil tau

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/alhamdulillah-rezeki-hari-jumaat.html

❦ Fara Farina ❦ on January 14, 2011 at 2:03 PM said...

okay.. nanti aku buat ek.. thank you..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada