LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

bErCinta saMpai kE sYuRga

Wednesday, January 5, 2011

 Siapa ada menonton Drama Hani di Slot Lestary TV3? Mummy fara memang tak pernah miss cerita ni dari mula2 disiarkan.. Mummy fara tertarik dengan buku yang dibaca oleh Irfan (Ryzal Jaafar) yang bertajuk "Bercinta Sampai Ke Syurga". Hari tu ada cari kat kedai buku MPH, memang ada jual buku tersebut.. Mummy fara ada baca sikit, memang menarik.. Tapi mummy fara masih belum beli buku tu sebab nak dulukan keperluan anak2.. Tapi insya'allah mummy fara akan beli buku tu nanti.. Jom kita baca sinopsis buku "Bercinta Sampai Ke Syurga"...
SINOPSIS

Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri —menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!

Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga . . . bacalah buku ini. Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

KANDUNGAN

PANDANGAN KEHIDUPAN
  • Erti Kejayaan Diri
  • Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya
  • Kamu Sentiasa Layak Diuji
  • Maaf Tanpa Syarat December
  • Kemaafan Yang Kudambakan
  • Hilang Tak Berganti
  • Kembali ke Asal
PRA PERKAHWINAN
  • Teori Evolusi Cinta
  • Cinta Songsang Semakin Songsang
  • Kahwin Semasa Belajar
  • Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
  • Si Polis Cinta
  • Jodoh Tidak Datang Bergolek
PARENTING
  • Antara Tuhan dan Hantu!
  • Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
  • Anak Pejuang
  • Televisyen Manusia Mukallaf
  • Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut
  • Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
  • Puasa Yop, Puasa!
  • Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina
  • Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?
  • Halim dan Davey... Perlunya Mereka Difahami
  • Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang
KEMBARA MAWADDAH DAN RAHMAH
  • Manual Cinta Haraki
  • Tanggungjawab Tanpa Cinta
  • Hadiah Terbaik Dari Isteriku
  • Rumahtangga Cara Baru Dan Lama
  • Setelah Pulang Dari Perantauan
  • Perempuan Suka 'Tuisyen'
  • Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
  • Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
  • Lebih Baik Daripada Abu Zar'in
  • Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli
  • Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
  • Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah
  • Merawat Suami Bisu
  • Cinta Seratus Peratus
  • Bercinta Sampai ke Syurga
  Sangat menarik buku ini. Must buy this book one day. 

Jom tengok Drama Hani di Slot Lestary di TV3 setiap hari Selasa jam 9.00 - 10.00malam.
Jangan lupa okay!!!

Kredit info: Niaga Ilmu Budi
Kredit foto: Cikgu Dahlia

2 comments:

||aLeaSaRa|| on January 5, 2011 at 6:02 PM said...

yuhuu samalah wieh..kite pun tak miss.smlm kelakar btl sambil tgk sambil on2 ngan peminat drama ni..siap bincang lagi masa on9.he3...woit belilah buku tu..kite org pertama nak sewa he3..

❦ Fara Farina ❦ on January 5, 2011 at 6:06 PM said...

nanti aku beli ek.. lepas aku baca aku bagi ko sewa.. hahahaha.. 1 hari rm5.00 boleh? hahahahhaa...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada