LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

jaLan - jaLan peNghuJung 2010

Wednesday, January 5, 2011

         Date:31 December 2010 - Friday          
Lokasi: Jusco Seremban 2

Pukul 10.00am dah kuar rumah ke Jusco Seremban 2 untuk cepat2 sampai sebab takut orang akan ramai. Mana tak nya cuti umum kan that time. Sampai2 kereta dah banyak tapi masih boleh cari parking.. Nasib baik.. Actually plan untuk gi beli baju sekolah anak2 pada 1 Jan 2011 di Midvalley, tapi memandangkan dah kebetulan 31 Dec 2010 tu hari cuti umum so kita orang bergegas la ke Jusco. Terfikir juga, kalau gi pada 1 Jan 2011 confirm orang ramai giler kat Midvalley.. 

Uiks!!! lain kali tak nak la beli baju sekolah budak2 last2 minute ar.. Nak tahu sebab apa? Errmm... sebabnya banyak saiz dah habis.. Kalau ada pun yang mahal punya.. Argh!! sakit hati betul ar.. Bukan saiz aje banyak dah habis, apa yang kita nak cari untuk budak2 ni pun habis.. Waaaa!!! Nak tak nak terpaksa cari kat mana2 mall yang masih ada lagi.. 

Mula2 mummy gi beli baju2 sekolah anak2 dulu.. itu pun dah berabis banyak.. Itu baru 2 orang anak, kalau yang ada sampai berbelas2 anak tu macam mana ek? Curious mummy tau...Lepas tu gi beli kasut sekolah  plak.. Kasut sekolah pun sekarang bukannya murah.. Seorang kena beli 2 pasang, kalau sepasang confirm tak sampai setengah tahun dah rabak!! Wei!! anak2 zaman sekarang lasak ek pakai kasut.. Bukan kasut jew, baju pun boleh rabak woooo!!! Isk!! itu anak perempuan tu, kalau anak lelaki macam mana la pulak?? Huhuhu...

Huh!! anak2 seronok dapat barang2 sekolah yang baru.. Dia orang tahu yang mummy dia dah banyak berabis dan semua adalah dari poket dan titik peluh mummy sendiri.. Nak harap ayah mereka, hari tu janji nak bagi tapi bila minta terus senyap dan hilang semula ntah kemana (buat perangai balik la tu, dah lali sangat).. semua tiga no handphone dia semua dah tak boleh pakai.. Baru beberapa hari lepas call, bila this week try call dah not in service.. Apa la masalah lelaki tu ek?? Isk!! tak faham.. Macam ni nak kembali semula pada mummy fara?? Isk!! Sorry la.. (Alamak, mummy fara dah melalut ke lain plak.. Sowy...)

Ok la.. apa2 pun mummy harap, anak2 belajar rajin2.. Dont worry mummy masih mampu menyara korang berdua okay.. I love both of you Nur Syafiqah Almira & Nur Ellisya Saffiyah.. Muah!! Muah!!

Senarai Barang-Barang Yang Dibeli
  1. Baju Kurung Sekolah - 3 helai seorang
  2.  Kain Kurung Sekolah - 2 helai seorang
  3. Tudung Sekolah -  2 helai seorang
  4.  Track suit - 1 helai seorang
  5.  Camisole - 2 helai (adik sahaja, untuk kakak tak de saiz)
  6.  Camisole Pendek ala2 bra - 4 helai (kakak sahaja, sebab dah nampak)
  7.  Panties - 3 helai seorang (tak termasuk mummy punya 6 helai, hehehe)
  8.  Kasut Sekolah - 2 pasang seorang
  9.  Stokin Sekolah - 4 pasang seorang
  10.  Sandal - Sepasang (untuk kakak, sebab sandal dia dah tak muat, nak beli untuk adik tapi  tak de saiz)
  11.  High Hill - Sepasang (ni untuk mummy fara, sebab ada diskaun. beli pun utk company dinner)
  12.  Toiletries - Shampoo, Conditioner, Pencuci Muka, Make up remover, Toner and etc (untuk kegunaan mummy fara dan anak2) 
  13.  Buku cerita - 1 buah buku seorang (Novel untuk kanak2/remaja)
  14.  Beg make up - beli dekat kiosk mor girl (memang untuk budak2 tapi cantik dan comel)

mmm... apa lagi ek.. lupa la.. tapi semua yang mummy spend hari tu habis dekat RM1k.. huhuhuhu... tak pe la, nasib bukan tiap2 bulan beli barang2 sekolah anak2.. Kalau tak memang koyak poket mummy.. Hahaha.. Ok la.. Jom kita layan gambar plak ek..







2 comments:

||aLeaSaRa|| on January 5, 2011 at 1:20 PM said...

wah sampai 1k kau berhabis..yelah brg bdk campur mak nyer he2....tang panties tu aku gelak..rindunya nk gi jusco sbn..hr tu ingat nk gi tp aku drive trs ke subang.next time gi sbn aku nk lepak mkn ngan kau dan bdk2 lah,lama diorg tak jumpa.weihhhh...aku tak suka mr P kau tu,anak nk sekolah dia hlg pulak..

❦ Fara Farina ❦ on January 5, 2011 at 2:28 PM said...

huhuhu.. tapi banyak anak2 aku punya barang ler.. mr P tu memang sewel.. Aku cuba call hp2 dia, tapi semua off. aku call rumah dia semalam ngan hari ni, dia tak de kat rumah.. orang yang jawab tu kata (mak dia kot) dia pergi jalan.. wah!! kelas mamat tu kan.. aku tanya lagi dia kerja ke, orang tu kata tidak.. hahahaha.. ntah2 selama ni dia memang tak keje.. patut ke aku korek lagi rahsia dia?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada