LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

faSha jeJai PUTUS!!

Tuesday, January 25, 2011

Mmm.. akhirnya terputus jugak percintaan antara Fasha Sandha & Jejai. Dah agak, memang takkan lama perhubungan dia orang tu. Kesian Nora Danish, dia pulak yang jadi mangsa. Dia dikatakan gila talak. Uish!! Siapa la punya angkara tu agaknya yer.. "Lu Pikir La Sendiri!!" 



KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Kredit info: Harian Metro

6 comments:

suffer8zine on January 25, 2011 at 9:39 AM said...

ape nk buat, biar la dieorg

Terkini : Fakta Menarik Tentang Perempuan

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty la fea on January 25, 2011 at 10:11 AM said...

mummy fara yg cute..saya bagi awak award..amek la ye..
http://cikbetty.blogspot.com/2011/01/main-bagi-bagi-award.html

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ on January 25, 2011 at 10:36 AM said...

@ RINA
Terima kasih sebab bagi mummy award.. Woot!! Woot!! Sukenyer mummy!!

mama zakuan on January 25, 2011 at 11:37 AM said...

buat baik di balas baik...buat jahat jangan sekali...balasan dah dapat pun kat dunia nie...

sue. on January 25, 2011 at 12:00 PM said...

putus dah diorang...kan..

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ on January 25, 2011 at 12:05 PM said...

itu la pasal.. dah tak de jodoh la tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada