Gemuk pun cantik tau!! |
Gemuk itu hodoh? Adakah anda setuju dengan statement tu? Bagi saya gemuk tu bukan hodoh dan tak semua orang yang kurus itu cantik. Kena pandai jaga penampilan diri apabila anda berasa diri anda gemuk atau kurus. Iya, kalau kita terlalu gemuk pun akan mengundang pelbagai penyakit terutamanya diabetes, kolestrol dan lain2. Tapi ada juga orang yang kurus mempunyai penyakit sedemikian bukan? Tapi itu semua kehendak Allah kan? Kalau Allah menginginkan yang gemuk sihat...maka sihatlah...dan kalau Allah menginginkan yang kurus itu sakit... maka sakitlah dia walaupun kurus.
Saya sendiri adalah seorang yang tembun (hehehe).. Kata orang, insan yang tembun nie comel.. hehehe.. Dulu semasa saya masih anak dara, saya terasa diri ni hodoh sangat.. Tak tahu bagaimana nak berpenampilan menarik walaupun gemuk.. Dulu saya suka pakai baju yang besar gedabak.. sebab apa? Sebab nak tutup segala spare2 tyre yang berada dikeliling badan.. Cuba la tanya BFF saya Aleasara, dia tahu bagaimana rupa BFF dia dahulu.. Hahaha... Tapi sekarang tidak lagi.. Sekarang saya dah pandai untuk mengenakan baju yang sesuai.. Kenapa? Ingat orang yang gemuk tak leh bergaya ke? Kenapa tidak bukan? Sekarang dah banyak pakaian yang sesuai untuk insan2 yang tembun seperti saya..
So.. Kawan2 senasib dengan saya, gemuk bukan alasan untuk anda tidak boleh bergaya.. Korung boleh bergaya tau.. Kalau korung tak tahu macam mana nak sesuaikan pakaian dengan diri anda cuba minta pendapat ibu bapa, adik beradik atau kawan2.. Second opinion is better right? So jangan takut untuk mencuba.. Korung cuba tengok insan2 yang gemuk di luar negara.. Mereka berani untuk mencuba.. Jangan takut untuk mencuba okay..
Jadi tak kira la buat yang gemuk atau yang kurus, perkara utama yang perlu kita
lakukan bagi memastikan diri kita sentiasa sihat adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat..Makan mengikut keperluan dan teratur...lebihkan makanan berserat & buah-buahan. Kalau
boleh cuba bersenam...walaupun dapat 20 minit setiap 3 hari sekali.
7 comments:
cayalah mummy..gemuk bukan alasan untuk tidak bergaya..yeah!!!!!!!!!!
yeah!! jangan jadikan alasan gemuk untuk tidak bergaya..
gemuk itu comey :)
yaya gemuk gak :p
bak kta seorg lctrer kaunseling..why klu aku itam pon,ko putih ko bgus dri aku ke?
ok leh ubah itam n putih to gemuk n kurus
yaya - betul tu.. gemuk tu comei kan?
iniialahaku - tak kira la itam ke putih ke gemuk ke kurus ke, yang penting kita pandai jaga penampilan diri agar sentiasa nampak cantik..
yuhuu betul tu,bff kite ni dulu tkt betul nk bergaya dan suka pakai hitam.tapi la ni walaaa....woit aku saja nak bagi kau byk keje.ni aku tag kau tau he3...
http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/assalammualaikum-semua.html
waaa... nanti aku buat ek.. huhuhu..
Post a Comment