LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

pOLis pUjuk waNiTa bOgeL

Wednesday, February 9, 2011

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya. 

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.

Kredit info & foto: Harian Metro
Mmm.. ni plak kes dadah.. Ni lagi satu masalah yang tak pernah2 habis.. Isk!! Actually banyak kes dadah dan tangkapan telah berjaya dibanteras oleh pihak polis, tapi masih ada lagi hantu2 dadah yang tak serik2 dan takut dengan hukuman berat yang bakal mereka hadapi.

 





5 comments:

sicKo^ on February 9, 2011 at 11:20 AM said...

area tu dekat je nagn umah aku.. aku heran btul lar, brani btul diorang letak dadah dlm perut..

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ on February 9, 2011 at 11:27 AM said...

mm.. itu biasa la.. dah tak de tempat lain lagi nak sumbat.. dalam perut saper yang nampak.. untuk dadah apa saje dia org boleh buat.. isk!!

Cik Moon on February 9, 2011 at 12:11 PM said...

ish..ish... teruknyerrr

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ on February 9, 2011 at 12:48 PM said...

Cik Moon.. itu la pasal.. tak de keje cari keje macam tu la..

mama zakuan on February 9, 2011 at 12:54 PM said...

jom join dedin mama tag fara

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada