LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

BloG LiSt BeN aShaaRi 2011

Monday, December 13, 2010


Assalammualaikum...
Mmm.. Macam mana ek nak mulakan cerita.. Bila masuk blog Ben Asaari ni best la pulak.. Tak pernah masuk langsung, banyak kali juga terpandang kat blog kawan2 lain tentang blog Ben ni. Tapi tak pernah pulak nak menerjah blog Ben. Entah kenapa hari ni terbuka plak pintu hati nak menerjah blog Ben (nama plak seakan-akan nama bf kite tapi dia Chinese, hehehe), ternyata memang tak sia2 saya terjah blog Ben. Best sangat2 terjah blog Ben ni, seronok baca post2 dia. Kalau ada masa terluang sikit mesti saya akan baca post2 yang saya ketinggalan sebelum ni. Psss.. kadang2 saya curi2 masa terjah blog Ben masa waktu kerja.. Hehehe.. Tapi tak la sampai mengabaikan kerja saya.. Cuma bila terasa stress skit, saya akan ambil masa 5-10 min untuk terjah blog Ben.

So berbalik pada cerita "perokok tegar" dalam entry KAMI MERAYU tergerak plak hati nak join entry ni. Bukan nyer apa saya pun nak juga cerita serba sedikit tentang perokok tegar ni. Okay, memang ramai telah ketahui yang merokok membahayakan kesihatan. Tapi ada juga segelintar perokok2 ni tak sedar dengan keburukannya. 

Untuk dijadikan contoh, dulu saya memang seorang perokok. Tapi hakikatnya sebelum saya merokok saya memang benci perokok. Entah mana silapnya saya boleh jadi perokok macam mereka diluar sana. Mungkin sebab saya merokok kerana stress dengan masalah2 yang berlaku keatas diri saya (tak payah la saya cerita pasal apa yer). Tapi saya bukan perokok tegar, 1 kotak boleh tahan sekurang2nya 3 hari, tapi ada juga hisap sampai 1 kotak sehari. Itu pun jika saya terlampau stress.

Tapi alhamdulillah, entah macam mana saya boleh berhenti terus dari menghisap rokok. Saya boleh berhenti macam tu sahaja tanpa makan ubat atau ada rasa ketagih. Kadang2 tu memang la ada keinginan nak merokok tapi saya cuba alihkan perhatian saya. Tapi syukur la sebab saya tidak merokok lagi. Syukur sangat2. 

Pada sesiapa yang merokok diluar sana, harap dapat berhenti la merokok sebab merokok membahaya diri kita dan juga orang disekeliling kita terutama kanak-kanak.. 
Say "NO SMOKING!!! "


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada