Assalammualaikum..
Ceria2 kan la diri anda di hari Jumaat ini.. Hehehe.. Nape mummy fara happy sangat hari ni? Sebab hari ni hari jumaat.. Esok & Ahad cuti.. hehehe.. Ok la, entry kali ni khas buat bloggers2 single yang terasa diri kacak atau tampan diluar sana.. Selamat membaca..
Ceria2 kan la diri anda di hari Jumaat ini.. Hehehe.. Nape mummy fara happy sangat hari ni? Sebab hari ni hari jumaat.. Esok & Ahad cuti.. hehehe.. Ok la, entry kali ni khas buat bloggers2 single yang terasa diri kacak atau tampan diluar sana.. Selamat membaca..
Bukan semua jejaka tampan atau kacak sudah berpunya. Masih lagi ramai yang single. Mungkin kamu juga salah seorang darinya. Sekiranya ya, kamu mungkin pernah tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini kamu tidak bertemu pasangan hidup. Sedangkan teman-teman kamu semuanya sudah berpunya. Kamu ada rupa, kerjaya tetap dan segala - galanya. Namun kamu sunyi tanpa cinta... Nak tahu dimana silapnya kamu?? Jom baca tujuh sebab berikut:
Terlalu Jual Mahal
Kebiasaan orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun adakalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Persepsi Sukar Di Dekati
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk di dekati apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian maka sampai ke tualah si tampan membujang.
Maintenance Tinggi
Kebiasaanya lelaki kacak ini dikatakan maintenance tinggi. Pakaian, minyak wangi, jam tangan semuanya mahu berjenama dan adakalanya mencecah beratus ringgit. Takutlah perempuan untuk dekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari jadi.. (Kalau dapat perempuan yang kaya boleh la kot.. heheheh..)
Pernah Dikecewakan
Oleh kerana terlalu serik bercinta si jejaka tampan lebih bahagia besendiri. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya dia tidak pelu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
Mencari Pasangan Ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. Orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga. Namun harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh yang datang.
Terlalu banyak pilihan
Aduh!! pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang tampanlah katakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. Kalau pilih yang disana, disini akan terluka. Kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Jadilah single sehingga ke hari ini.
Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Kepada lelaki2 kacak dan tampan yang masih single diluar sana. Jangan terlalu memilih ya dan jangan terlalu komited sangat pada kerja hingga lupa pada cinta.
2 comments:
s.e.t.u.j.u=)
dah jumpa yang kacak...tgk awek pulak xlawo...:(
hahahaha.. macam tu la dunia.. nak wat mcm mana.. huhuhuhu...
Post a Comment