LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

imBaSan aNuGeRah jUaRa LaGu 1990-an (Part 2)

Friday, January 7, 2011

Wah!! Bestkan bila imbas kembali kenangan2 Juara Lagu.. Ni baru diEra 1980-an, akan menyusul dari tahun ke tahun yer.. So jangan lupa ikuti entry2 berkenaan imbasan AJL selama 25 tahun. Tahniah TV3!!!
ANUGERAH JUARA LAGU 1990
Juara Lagu 1990 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1990. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. JL 90 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
FINALIS AJL 1990
  1. Januari: "Mustika" nyanyian M. Nasir
  2.  Februari: "Sentuhan Kecundang" nyanyian Kumpulan Ekamatra
  3. Mac: "Pusara di Lebuhraya" nyanyian Kumpulan Ekamatra
  4. April: "Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara" nyanyian Kumpulan Mega
  5. Mei: "Sejati" nyanyian Kumpulan Wings
  6. Jun: "Dari Sinar Mata" nyanyian Kumpulan BPR
  7. Julai: "Kembang Terhalang" nyanyian Kumpulan Gamma
  8. Ogos: "Sangkar Emas" nyanyian Endang S. Taurina
  9. September: "Suci Dalam Debu" nyanyian Kumpulan Iklim
  10. Oktober: "Janji Manismu" nyanyian Aishah
  11. November: "C.I.N.T.A." nyanyian Kumpulan XPDC
JUARA LAGU
Janji Manismu - nyanyian Aishah
Suci Dalam Debu - nyanyian Kumpulan Iklim
Sejati - nyanyian Kumpulan Wings
PERSEMBAHAN TERBAIK
Kumpulan Wings - SEJATI
Aishah -
JANJI MANISMU
Kumpulan Iklim -
SUCI DALAM DEBU

LIRIK TERBAIK
SUCI DALAM DEBU
 Kumpulan Wings mempertaruhkan lagu Sejati
ANUGERAH JUARA LAGU 1991
Anugerah Juara Lagu 1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertiandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember 1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.
FINALIS AJL 1991
  1. Januari: Kumpulan Dinamik - Antara Gadis
  2. Februari: Kumpulan Massa - Patahnya Sayap Malam
  3. Mac: Ella - Sepi Sekuntum Mawar Merah
  4. April: Kumpulan Blackrose - Penantian
  5. Mei: Hattan - Memburu Rindu
  6. Jun: Kumpulan Laksamana - Gugurnya Bunga Cinta
  7. Julai: Kumpulan Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
  8. Ogos: Kumpulan Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan
  9. September: Kumpulan Kris - Tiara
  10. Oktober: Shima - Setelah Aku Kau Miliki
  11. November: Kumpulan Mega - Takdir Dan Waktu
JUARA LAGU
Takdir dan Waktu ( Rahim Othman / Juwie / Kumpulan Mega )
Setelah Aku Kau Miliki ( Shaari Amri / Shima )
Tiara ( M.Nasir / Kumpulan Kris ) 
PERSEMBAHAN TERBAIK
Shima - Setelah Aku Kau Miliki
Kumpulan Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Kumpulan Kris - Tiara
LIRIK TERBAIK
M.Nasir - Tiara
Persembahan Selingan  
Persembahan pembukaan dimulakan dengan Aishah iaitu pemenang Juara Lagu tahun sebelumnya dengan nyanyian lagu Seloka Rindu serta diiringi tarian berwarna-warni. Bagi persembahan selingan ketika penjurian dijalankan, anugerah kali ini memperkenalkan persembahan nyanyian lagu asli dendangan Abdullah Chik, Azlina Aziz dan Ruhil. Konsep menyanyikan lagu asli diadakan untuk memperingatkan rentak lagu Irama Malaysia yang seakan-akan hilang dengan irama rock serta untuk secara tidak langsung memperkenalkan kategori Irama Malaysia dalam siri Juara Lagu akan datang.
ANUGERAH JUARA LAGU 1992
Juara Lagu 1992 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1992. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan MCA, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh pengacara & penerbit Muzik Muzik 92; Azwan Ali bersama Rina Khan. 
FORMAT BERBEZA
Mulai tahun ini, penyertaan ke peringkat akhir bukan lagi secara bulanan tetapi melalui kategori (Rock, Pop Kreatif dan Irama Malaysia) dan inilah kali pertama peringkat separuh akhir diperkenalkan juga buat setiap kategori. Perubahan ini sudah dilihat apabila pada tahun sebelumnya, hampir kesemua lagu diperingkat akhir adalah lagu Rock. Pada persembahan selingan, slot Irama Malaysia diperkenalkan lantas membuka ruang cerah untuk lagu bukan Rock untuk turut bertanding dalam kategori mereka sendiri ke peringkat akhir Juara Lagu. 
FINALIS AJL 1992 

Kategori Pop Kreatif

"Kekasih Awal dan Akhir" : Jamal Abdillah
"Pada Syurga Di Wajahmu" : Nash
"Mada Berhelah" : Ziana Zain
"Syakila" : Razzi Rahman

Kategori Rock

"Sinambungan Cinta" : Kumpulan Graviti
"Untukmu Ibu" : Kumpulan Exist
"Di Alam Fana Cinta" : Kumpulan Fotograf
"Mahligai Syahdu" : Hattan

Kategori Irama Malaysia

"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" : Razak Ahmad
"Selasihku Sayang" : Adnan Abu Hassan & Syaliaty
"Siti Payung" : Liza Aziz
"Yang Remeh Temeh" : Pak Pandir
JUARA KESELURUHAN
 Pada Syurga Di Wajahmu - Nash
JUARA KATEGORI
POP KREATIF 
Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

ROCK
Di Alam Fana Cinta - Kumpulan Fotograf 
IRAMA MALAYSIA
Yang Remeh Temeh - Pak Pandir
Trivia
  • Semua penyanyi lelaki dalam kategori Irama Malaysia memakai tengkolok/tanjak.
  • Lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian kumpulan Fotograf memenangi anugerah khas di atas pencapaian kedudukan tempat pertama carta selama 17 minggu berturut-turut.
  • Ramai penggiat seni tanahair yang hadir, antara yang mencuri tumpuan ialah aktres popular Sofia Jane.
ANUGERAH JUARA LAGU 1993
Juara Lagu 1993 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1993. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi. Format kategori bagi tahun ini telah ditukar iaitu daripada Pop Kreatif dan Rock kepada Balada dan Pop Rock.
FINALIS AJL 1993

Kategori Balada

"Teratai Layu di Tasik Madu" : Fauziah Latiff
"Dir" : Rahim Maarof
"Sampai Hati" : Kumpulan Spring
"Teringin" : Shima

Kategori Pop Rock

"Di Muara Sepi" : Fauziah Latiff
"Sudi Katakan Sudi" : Hasnol
"Ratnaku" : Roy
"Kelmarin" : Zur Eda

Kategori Irama Malaysia

"Seni Berzaman" : To'ki
"Rumah Kecil Tiang Seribu" : Azian Mazwan
"Inang Bujang dan Dara" : Kumpulan Ilusi
"Puteri Ledang" : Lina Kamsan    
JUARA KESELURUHAN
Teratai Layu di Tasik Madu - Fauziah Latiff
JUARA KATEGORI
BALADA
Teratai Layu di Tasik Madu - Fauziah Latiff

POP ROCK
Sudi Katakan Sudi - Hasnol
IRAMA MALAYSIA
Seni Berzaman - To'ki
PERSEMBAHAN TERBAIK
Fauziah Latiff - Teratai Layu di Tasik Madu
Trivia
Tiada satupun penyanyi berkumpulan bertanding dalam kategori Pop Rock.
 
ANUGERAH JUARA LAGU 1994
Juara Lagu 1994 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1994. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 
FINALIS AJL 1994 

Kategori Balada

"Bukan Aku Tak Cinta" : Adilla (menggantikan Kumpulan Iklim)
"Naluri Cinta" : Rohana Jalil & To'ki
"Usang" : Rahim Maarof
"Curiga" : Ning Baizura

Kategori Pop Rock

"Tanya Sama itu Hud-hud" : M. Nasir
"Mengerti" : Kumpulan KRU
"Mungkin" : Ning Baizura
"Anugerah" : Kumpulan Exist

Kategori Irama Malaysia

"Bonda" : M. Nasir
"Selamat Jalan Romeo" : Ramlah Ram
"Ratib Orang Lautan" : Sheqal
"Jangan Main Mata" : Rohana Jalil
JUARA KESELURUHAN
Tanya Sama itu Hud-hud - M. Nasir
JUARA KATEGORI
BALADA
Curiga - Ning Baizura

POP ROCK
Tanya Sama itu Hud-hud - M. Nasir
IRAMA MALAYSIA
Bonda - M. Nasir
PERSEMBAHAN TERBAIK
M. Nasir - Tanya Sama itu Hud-hud 

Okay.. Bagaimana? Best tak? Atleast kita tahu serba sedikit tentang AJL yang lalu.. Mungkin ada adik2 kita tak lahir lagi masa AJL 1986 kan.. Hehehe.. Okay la, Part 3 will be published soon.. Tunggguuuu!!!

Kredit info & foto: Wikipedia

2 comments:

Ujang9897 on January 7, 2011 at 12:59 PM said...

zaman rock kapak terbaik..hee

||aLeaSaRa|| on January 7, 2011 at 1:31 PM said...

rindunya time ni..ni yang mula teringat memori lama ni he3..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada