LeaVe yOuR LiNk... I wiLL fOllOw yOu... I wiLL reVieW yOuR bLOg...

imBaSan aNugeRah jUaRa LaGu 1980-an (Part 1)

Friday, January 7, 2011

Kehangatan dan debaran Anugerah Juara Lagu 25 kian terasa. Mari kita mengimbas kembali Juara2 dan finalis2 Anugerah Juara Lagu sejak tahun 1986 hingga 2009. Masihkah anda mengingati siapakah juara pada tahun2 tersebut? Jom kita tinjau..
JUARA LAGU 1986

Peringkat Akhir Muzik-Muzik - Juara Lagu 1986 (JL '87) adalah pertandingan pertama yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Juga dinamakan "Peringkat Akhir Muzik-Muzik", ia membariskan lagu-lagu yang berjaya peringkat bulanan dalam rancangan Muzik-Muzik. JL '86 telah diadakan pada Disember 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Abas Bakar dan Habsah.
FINALIS AJL 1986
  1. Mac: "Usah Bertanya Lagi" - (Ahmad Nawab/Habsah Hassan/Siti Fairuz)
  2. April: "Wajah Siapa di Hatimu" - (Omar Taib/Lukhman S/Azlina Aziz)
  3. Mei: "Sampaikan Salam Cintaku" - ( A Ali/Juwie/Kumpulan Alleycats)
  4. Jun: "Derita Seorang Insan" - ( Manan Ngah/Habsah Hassan/Kumpulan Alleycats)
  5. Julai: "Perjalananku" - (Azman Abu Hassan - menggantikan Jamal Abdillah)
  6. Ogos: "Suatu Waktu Dahulu" - (Fauzi Marzuki/Habsah Hassan/Dwen)
  7. September: "Cinta yang Terbiar" - (S.Sahlan/Juwie/Rohana Jalil - menggantikan Jamal Abdillah)
  8. Oktober: "Aku Kehilanganmu" - ( Manan Ngah/Habsah HassanFrancesca Peter)
  9. November: "Sekadar di Pinggiran" - ( Manan Ngah/Lukhman S/Francesca Peter)
JUARA LAGU

SEKADAR DIPINGGIRAN
Francesca Peter (Manan Ngah/Lukhman S)

PERSEMBAHAN TERBAIK
Alleycats ( A Ali/Juwie)

LIRIK TERBAIK
Sekadar Dipinggiran (Lukhman S)

ANUGERAH JUARA LAGU 1987
Anugerah Juara Lagu 1987 (AJL 87) adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". AJL 87 telah diadakan pada Disember 1987 di Auditorium Besar Angkasapuri, RTM dan diacarakan oleh Karim Muhammad dan Noor Kumalasari. AJL 87 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
FINALIS AJL 1987
  1. Januari: "Angan-angan"(Fauzi Marzuki / Lukhman S / Raja Ema)
  2. Februari: "Merisik Khabar" - (Manan Ngah / Habsah Hassan / Sudirman)
  3. Mac: "Sekeping Hati Yang Luka" - (Kumpulan Alleycats)
  4. April: "Hadirmu" - (Jayaraman / Kumpulan Alleycats)
  5. Mei: "Memori Luka" - (Jeffry M.D. / Kumpulan Headwind)
  6. Jun: "Mulanya di Sini" - (Roy Sta Maria / Syed Haron Ahmad / Kumpulan Freedom)
  7. Julai: "Mengapa Sepi Tanpa Berita" - (Ismail Ahmad Nawab / Juwie / Kumpulan Steps)
  8. Ogos: "Ku Pendam Sebuah Duka" - (Ismail Farez / Lukhman S Khatijah Ibrahim)
  9. September: "Kerna Terpaksa" - (Manan Ngah / Juwie / Francesca Peter)
  10. Oktober: "Menaruh Harapan" - (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)
  11. November: "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" - (Ahmad Nawab / Juwie / Shidee)  
JUARA LAGU
MENARUH HARAPAN
Zaiton Sameon - (A. Ali / Habsah Hassan)
SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT
Shidee - (Ahmad Nawab / Juwie)

KERNA TERPAKSA
Francesca Peter - (Manan Ngah / Juwie)

PERSEMBAHAN TERBAIK
Merisik Khabar- Sudirman
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Ku Pendam Sebuah Duka - Khatijah Ibrahim
LIRIK TERBAIK 
Menaruh Harapan - Habsah Hassan
 Trivia
  • Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi untuk ke Anugerah Juara Lagu.
  • Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
 ANUGERAH JUARA LAGU 1988

 Juara Lagu 1988 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Anugerah Juara Lagu 1988 atau dikenali sebagai Muzik-Muzik 1988 telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh N.D. Lala & Chairmaine Augustine. JL 88 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
FINALIS AJL 1988
  1. Januari: "Bila Rindu Kusebut Namamu" - (Siti Fairus)
  2. Februari: "Ilusi Satu Penantian" - (Ben Nathan)
  3. Mac: "Masih Aku Terasa" - (Kumpulan Gersang)
  4. April: "Tugu Cinta" - (Zamree)
  5. Mei: "Cukuplah Sekali" - (Jay Jay)
  6. Jun: "Rayuanku" - (Rohana Jalil) 
  7. Julai: "Sekian Lama Aku Merinduimu" - (Kumpulan Steps)
  8. Ogos: "Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu" - (Ramlah Ram)
  9. September: "Diriku Terbelenggu" - (Francesca Peter)
  10. Oktober: "Suratan Takdir" - (Kumpulan Gersang)
  11. November:"Tika & Saat Ini"- (Kumpulan Medicine)
 JUARA LAGU

KAU KUNCI CINTAKU DIDALAM HATIMU
(Ramlah Ram)

DIRIKU TERBELENGGU
(Francesca Peter)

TIKA DAN SAAT INI
(Kumpulan Medicine)

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu - Ramlah Ram
Rayuanku - Rohana Jalil
Cukuplah Sekali - Jay Jay

LIRIK TERBAIK
Cukuplah Sekali - Habsah Hassan 
Trivia

Keunikan pakaian berbentuk kunci dan hati yang dipakai Ramlah Ram telah menjadi sebutan dan ingatan ramai buat jangka masa yang agak lama. Baju tersebut tidak lagi diperagakan sehingga tahun 2007 (hampir 19 tahun kemudian) iaitu dalam Akademi Fantasia Musim 5 apabila baju itu dipakai oleh Mila selepas Heliza mendendangkan lagu "Diam-Diam Jatuh Cinta" nyanyian asal Ramlah Ram pada konsert minggu kelima mereka. 

ANUGERAH JUARA LAGU 1989
Juara Lagu 1989 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1989. AJL 89 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. 
FINALIS AJL 1989
  1. Januari: "Taman Rasyidah Utama" nyanyian Kumpulan Wings
  2.  Februari: "Sekali Aku Jatuh Cinta" nyanyian Nassier Wahab
  3. Mac: "Misteri Mimpi Syakila" nyanyian Kumpulan Wings
  4. April: "Isabella" nyanyian Kumpulan Search
  5. Mei: "Kad Ucapanmu" nyanyian Norsheila Amin
  6. Jun: "Resahku" nyanyian Rohana Jalil
  7. Julai: "Sendiri" nyanyian Kumpulan May
  8. Ogos: "Janganlah Menghancurkan" nyanyian Shidee
  9. September: "Cintaku Hanyut di Lautan Sepi" nyanyian Ramlah Ram
  10. Oktober: "Segalanya Kuterima" nyanyian Kumpulan Ilusi
  11. November: "Bersama Suara Hati" nyanyian Kumpulan Gersang
JUARA LAGU

Isabella
Kumpulan Search

Segalanya Kuterima
Kumpulan Ilusi 

Cintaku Hanyut di Lautan Sepi
Ramlah Ram
 
PERSEMBAHAN TERBAIK
Kumpulan Search - Isabella
Kumpulan Wings -
Taman Rasyidah Utama
Kumpulan Wings -
Misteri Mimpi Syakila

LIRIK TERBAIK
Isabella - Bob Lokman
End of part 1. Sila nantikan part2 yang seterusnya ya.. 

Kredit info & foto: wikipedia 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada