Hari ni mummy asyik blogwalking aje.. Hati sedang tak de mood nak buat kerja, tu yang nak tenangkan fikiran dengan blogwalking.. Tapi kali ni mummy blogwalking pada satu blog yang sangat best.. Dia ada buat contest lain daripada yang lain.. Kebanyakan contest semua sama aje, tapi yang tuan punya contest ni TOTALLY DIFFERENT okay.. Itu yang tergerak hati untuk join contest dari encik SUDIRMAN ABDUL RAHMAN So apa lagi meh la baca apa yang kita nak tulis dalam entry ni..
♬♬♬ Ibu.. Ibu.. engkau lah ratu hatiku..♪♪
♬♬♬ Bilaku berduka, engkau hiburkan selalu..♪♪
♬♬♬ Ibu.. Ibu.. engkau lah ratu hatiku.. ♪♪
♬♬♬ Bilaku berduka, engkau hiburkan selalu..♪♪
♬♬♬ Ibu.. Ibu.. engkau lah ratu hatiku.. ♪♪
Siapa yang tak sayang mak kan.. Kalau tak de emak, semua insan dalam dunia ini takkan wujud. Walaupun saya dan mummy tak rapat, tapi saya sayang kan mummy. Mummy saya adalah seorang guru bahasa inggeris yang mengajar disekolah rendah. Kami 3 beradik kecuali abang bersekolah di sekolah yang sama dengan mummy. Yang bestnya mummy saya tak pernah mengajar kami. Jika kebetulan kelas kami diajar oleh mummy, kami terpaksa tukar kelas lain.. Hahaha.. sampai sekarang kami tak tahu kenapa mummy kami tak nak mengajar kami.. Kami pulak tak pernah nak bertanya.. Mmm.. tak pe la, mungkin mummy ada alasan tersendiri..
Yang specialnya mummy saya ni, dia ni memang cukup pandai masak.. Masakan dia semua sedap2 belaka.. Bukan nak puji, tapi memang dah ramai yang suka dengan masakan mummy "TERBAEK!!!".. Dari keluarga sendiri, bawa ke sedara mara dan kawan2 semua suka masakan mummy.. Anak dia ni bole masak tapi tak la sesedap mummy masak.. hehehe.. Saya suka masak lemak yang mummy masak terutamanya "Tulang Masak Lemak Cili Padi", pergh!! memang TERBAEK!!! Sape nak rasa meh la datang rumah (kalau tak malu ar) hehehe..
Hal sedih2 memang banyak la.. Saya ni budak nakal sangat2 masa zaman2 anak dara dulu.. Entah la, susah untuk saya terangkan.. tapi cukup la saya nak katakan yang segala apa yang telah berlaku dulu cukup menyakitkan hati mummy.. Walaupun pelbagai masalah telah saya lakukan dahulu, tapi mummy tetap menjaga kami (saya dan anak) apabila saya ditinggalkan suami lebih 3 tahun dulu.. Kalau mummy tiada, dimana kami anak beranak nak tinggal.. Nasib baik ada mummy dan ahli keluarga tercinta yang sanggup menjaga kami 3 beranak.
Harapan dan impian, moga mummy sentiasa sihat.. happy.. dan berbahagia bersama daddy, anak2 dan cucu2 yang telah sedia ada dan mungkin akan dapat menantu baru.. hehehe... insya'allah, doa2 kan la kebahagiaan anakmu ini yer kerana anak mu ini juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dunia dan akhirat.. Amin...
5 comments:
ecece kiut je ribbon kat kepala tu..hihi
yeh..cikgu BI yer..hehhehe...sy cikgu kaunseling kat sekolah..hahahha..well..sayangi mak anda yer..dialah satu2 nya di dunia ini...dah masukkan link blog awak kat list blog join contest kat blog saya..tq
hi anamizu.. itu kakak saya.. hehehe.. saya pun ada pakai tapi tak nampak.. hehehehe.. thanks sebab tinggalkan jejak dan singgah kat sini
hi sudirman.. terima kasih kerana buat contest ni.. special sngat.. insya'allah.. saya akan sayangi mak saya hingga akhir hayat..
huhu rindunya kat mak kau!hehe..kitorang berdua ni nakal2 manja masa anak dara dulu..mmg btl mummy dia pandai masak tau!
p/s:Aku dpt tagdr mgu lps bro sudirman invite join tp tgh fkr nk buat n3 cam ner ye..tau2 jelah..kang mak aku baca h3...(perang dunia ke-1000 kali akan bermula di kota warisan bsama si B....fed up dah ni)
Post a Comment