Salam 1 Malaysia warga blogger2 sekalian.. Apakah activiti hujung minggu hari tu? As for me on Friday, mummy daughter ajak pergi beli buku rujukan sekolah dia, then dalam masa yang sama nak ajak gi menonton filem. Wah!! Anak2 sekarang sambil menyelam minum air yer.. Pandai nak mengampu mummy dia.. Hehehe.. Tak pe la, bukan selalu pun gi tengok wayang ni.. So malam tu kita orang menonton cerita "CUN". Memang besh la citer ni.. Lawak, Sedih semua ada la.. Meh kita baca sikit sinopsis citer CUN ni ek..
Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).
Sinopsis Filem Cun
Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya.
Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas.
Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Note cute: Secara keseluruhan, filem Cun memang seronok ditonton seisi keluarga. Jalan ceritanya ringkas & mudah, tapi kehadiran pelakon-pelakon berbakat berjaya memantapkan Cun. Sedikit sebanyak, kehidupan di kampung dalam filem Cun ini dapat mengimbau kenangan anda dahulu kala, terutamanya anda yang sudah lama berhijrah ke bandar.
13 comments:
berapa bintang mummy bagi kat movie nie?
mummy bagi 4/5 bintang..
cam best la..bunga gak lum tngok g..
@bunga - tengok la nanti, memang best..
waaaa tak tgk lagi pun psl saya kueng cerita melayu kat wayang :(
akak pun kureng tgk citer melayu kat wayang, tapi dah tak de citer lain tu yang akak tengok cite cun.. tengok2 best plak.. tak nyesal la tengok.. hehehe..
mama dah lama tak gi tengok wayang...hehehe...jadi banyak la mama tak tau pasal filem
hepi birthday my bff!!!baca ni tau!!!
http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/04/assalammualaikum-semua.html
FARA HP AKU JATUH KAT BALDI DI OFFICE.AKU HTR REPAIR SO AKU TAK INGAT NO KAU.NAK CALL WISH PUN TAKDE NO KAU.HUWAAAA!!!
happy birthday dear..
Assalm,nama saya hafiz.Saya difahamkan puan tengah mencari cikgu tuisyen di rumah.Saya bekerja di utem,tapi tinggal di seremban,saya boleh mengajar di rumah puan,Saya mengajar subjek sn dan matematik.SEkiranya puan berminat puan boleh hubunigi saya 019-3921546,kita boleh bincang lebih lanjut
Assalam.Saya difahamkan puan memerlukan guru tuisyen untuk mengajar di rumah.Puan boleh hubungi saya Hafiz di nom 019-3291546.Maaf kalau message ni berulang kali..saya tak pasti ia dah upload atau belum
Salam hafiz, maaf saya dah lama tak buka blog. sibuk dengan kerja. Okay nanti saya akan call hafiz ya.
Post a Comment